![]() |
|

New URL - http://alawiyyin.bravepages.com
Selamat datang ke Al-Alawiyyin Homepage. Di sini merupakan
suatu ruangan khas yang berkait-rapat dengan para Saadah Ba'alawi Al-Husaini.
Adapun Saadah Ba'alawi Al-Husaini (atau Saadah Alawiyyin) ini adalah merupakan
keturunan Nabi s.a.w. melalui Sayyidina Hussein r.a. yang dinisbatkan kepada
as-Sayyid 'Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad (al-Muhajir) bin Isa, kerana beliaulah
dari keturunan Nabi s.a.w. yang pertama lahir di Hadramaut.
Di dalam ini telah dihimpunkan seberapa banyak sumber yang berupa cerita-cerita, riwayat, hal-hal yang perlu diketahui serta sedikit sebanyak foto-foto yang melibatkan para Saadah Alawiyyin ini.
Di dalam ruangan artikel, saya ada mengumpulkan kisah-kisah para ulama silam yang dipetik dari buku-buku yang menceritakan perjalanan hidup mereka ini serta beberapa perkara yang perlu kita ketahui mengenai para Ahlul-Bait Nabi s.a.w ini. Tidak kurang pula riwayat yang saya himpunkan daripada ayahanda saya, Abdul Rahman bin Jaffar bin Abu Bakar Al-Attas, yang sangat meminati kisah-kisah para ulama dan wali Allah di kalangan Saadah Alawiyyin.
Saya juga inginkan pandangan daripada anda semua dalam memperbaiki laman web ini. Jika ada kesilapan dari segi fakta, kisah-kisah yang dikemukakan atau terdapat versi lain dan sebagainya, sila hubungi saya melalui e-mail. Saya amat mengalu-alukan penyertaan anda dalam ruangan ini. Anda bolehlah mengirimkan pelbagai material sama ada artikel, foto dan sebagainya, juga melalui e-mail.
Diharap anda mendapat serba sedikit manfaat daripada ruangan ini.
Terima kasih.