![]() |
|
Di
ruangan ini, akan dicatatkan serba sedikit riwayat hidup al-Habib Umar bin
Abdul Rahman al-Attas, seorang ulama dan wali besar di negeri Hadhramaut,
yang merupakan pengasas ratib al-Attas.
Dipetik
dari:
| + | Biografi
al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas, oleh Thohir bin Abdullah al-Kaf,
terbitan Daar al-Muhajir |
| + | Ringkasan
Sejarah al-Habib Umar ibn Abdurrahman al-Attas: dalam rangka peringatan
Haul yang ke-347 al-Imam al-Arif Billah al-Qutb Rabbani Tahyyibul
Anfas al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas |
| + | Kelebihan
Ratib: Huraian Ratib al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas, oleh
Syed Hassan bin Muhammad al-Attas, Masjid Ba'alwi Singapura, terbitan
Hamid Offset Service |
Nasab al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas
| Salasilah nasab Habib Umar | |
| Makam Sahibul Ratib Al-Habib Al-Arif Billah Al-Qutb Al-Adzim Umar bin Abdurrahman Al-Attas di Huraidhah, Hadhramaut |
Nama beliau adalah Umar bin Abdurrahman bin Agil bin Salim bin Ubaidullah
bin Abdurrahman bin Abdullah bin Syeikh al Ghauts Abdurrahman as-Seggaf
bin Muhammad Maulah Dawilah bin Ali bin Alawi al Ghoyur bin Sayyidina al
Faqih al Muqaddam Muhammad bin Ali binl Imam Muhammad Shahib Mirbath bin
Ali bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidullah bin Imam al Muhajir Ahmad
bin Isa bin Muhammad an Naqib binl Imam Ali al Uraidhi bin Jaafar as Shadiq
binl Imam Muhammad al Baqir binl Imam Ali Zainal Abidin binl Imam Hussein
as Sibith binl Imam Ali bin Abi Thalib dan binl Batul Fatimah az-Zahra binti
Rasullullah S.A.W.
Asal dinamakan 'Al Attas'
Kata al-Faqih Abdullah bin Umar Ba'ubad:
"Beliau dinamakan al-Attas yang bermaksud bersin, kerana beliau pernah
bersin ketika masih berada di dalam perut ibunya". Kata al- Habib Ali
bin Hassan al-Attas: "Sebenarnya apa yang diucapkan oleh Syeikh al-Faqih
Abdullah bin Umar Ba'ubad adalah benar, hanya saja menurut khabar yang paling
benar dikatakan bahawa pertama kali bersin ketika masih berada di perut
ibunya adalah Habib Aqil yang terkenal hanya Habib Umar bin Abdurrahman
al-Attas, sehingga berita itu hanya dikenal pada diri beliau dan anak beliau
dan anak cucu Aqil dan Abdullah, saudara beliau. Sedangkan anak cucu Sayyidina
Aqil bin Salim yang lain dikenal dengan nama keluarga Aqil bin Salim".
Berkata al-Habib Ali bin Hassan: "Tidak henti-hentinya didengar dari
mereka suara bersin di perut-perut sebahagian ibu waktu demi waktu, sebagaimana
yang diberitahukan oleh isteriku, seorang wanita solehah. Syeikha binti
Sahal bin Abi Bakar bin Syaiban bin Ahmad bin Ishaq, katanya: "Pada
suatu hari sewaktu aku duduk bersama Sharifah Fatimah bin Habib Muhammad
Basurah Ba'alawi, waktu itu aku sedang mengandung puteramu yang bernama
al Hasan yang pertama, aku terdengar ia bersin ketika ia masih di dalam
perutku, aku dan Sharifah Fatimah mendengar suara bersin itu dengan jelas,
dan ia dilahirkan pada waktu 1147 H, tetapi ia wafat waktu masih kecil".
Al Habib Ali bin Hussain al-Attas menyebutkan di dalam kitabnya Ta'jul A'raas
juz pertama halaman 40. bahawa di Mekah pernah didengar suara bersin ddari
anak yang masih di dalam perut ibunya, tentunya kejadian itu termasuk kejadian
karamah yang diakui oleh kalangan Ahlu Sunnah, sebagaimana yang disebutkan
di dalam kitab-kitab Tauhid dan Aqoid mereka beserta dalil-dalilnya yang
terkenal yang bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah.
Imam Nawawi pernah menyebutkan di dalam kitabnya Riyaadhus Shalihin di dalam
bab al-Karamat. Disebutkan dalam kitab itu sebuah hadith yang memberitakan
kisah seorang rahib yaang bernama Juraij, yang kerananya Allah menakdirkan
seorang bayi bercakap-cakap untuk memberikan kesaksian tentang diri Juraij,
tentunya bersin ketika seorang bayi masih di dalam kandungan ibunya tidak
berbeza jauh dengan seorang bayi yang bisa bercakap-cakap setelah ia lahir,
kejadian-kejadian semacam ini tidak sulit bagi Allah sebab Allah Maha Kuasa
untuk mentakdirkan apa saja yang Dia kehendaki.
Kelahiran dan tempat diasuhnya
al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas
Beliau dilahirkan di desa Lisk dekat dengan desa Ainat, di bahagian bawah
negeri Hadhramaut, di akhir abad ke-10, tepatnya pada tahun 229H. Sejak
kecilnya beliau diasuh dan dididik oleh ayah beliau sendiri, al-Habib Abdul
Rahman bin Aqil. Meskipun mata beliau buta sejak kecil, tetapi Allah memberinya
kecerdasan otak dan pandangan hati ( Bashirah ), sehingga beliau mudah menghafal
apa saja yang pernah didengarnya.
Ayah beliau, al-Habib Abdul Rahman bin Aqil pernah berkata pada Syeikh Abdurrahman
bin Aqil al-Junied Bawazir yang dikenal dengan panggilan al-Mu'allim: "Hendaknya
anda lebih banyak memberikan perhatian kepada Umar, kerana kedua matanya
tidak dapat melihat". Jawab Syeikh Abdurrahman: "Meskipun kedua
mata Umar tidak dapat melihat, tetapi pandangan Bashirahnya dapat melihat,
disebabkan hatinya bersinar".
Sejak kecil beliau anak yang tekun beribadah, hidup zuhud berpaling dari
dunia dan sejak kecil sudah terlihat tanda-tanda kebesaran pada diri beliau.
Sejak kecil, beliau sering ke kota Tarim dari dusunnya Lisk dan melakukan
sholat dua rakaat di setiap masjid yang ada di kota Tarim, bahkan kadang
menimba air dari sumur untuk mengisi kolam-kolam masjid.
Di masa kecilnya, beliau senantiasa dibimbing oleh ayah beliau dan guru-guru
beliau, misalnya al-Habib Hussien, al-Habib Hamid, al-Habib Muhdhor, putra-putra
Saiyidina Syeikh Abu Bakar bin Salim yang sering dikunjungi oleh ayah beliau,
iaitu al-Habib Abdul Rahman bin Aqil.
Ayahanda al-Habib Umar bin
Abdul Rahman al-Attas
Al-Habib Abdul Rahman bin Aqil adalah seorang Arif Billah, seorang ulama
yang taat menjalani hukum-hukum Allah, beliau tokoh para wali terkemuka,
beliau pernah menerima ilmu dan wilayah dari pamannya, iaitu Syeikh abu
Bakar bin Salim, pamannya yang satu ini amat cinta kepada Sayyid Abdul Rahman
dan kepada ayah beliau iaitu al-Habib Aqil. Al-Habib Aqil adalah saudara
sekandung dengan Syeikh abu Bakar bin Salim, yang mana Syeikh Abu Bakar
bin Salim ada menyebut tentang saudaranya yang satu ini:
"Apa
yang ada di Wali Masyhur ( iaitu dirinya ), tidak lain hanyalah berkat Wali
Mastur ( iaitu saudaranyaa yang bernama Aqil )"
Al-Habib Abdul Rahman bin Aqil adalah seorang yang mulia, suci dan hati
yang bersih, beliau sering mengunjungi Wadi Amed dan Wadi Kaser, penduduk
kawasan-kawasan itu senantiasa menghormatinya, mengagungkannya dan memohon
barakah beliau. Beliau mempunyai pelbagai karomah, di antaranya adalah pada
suatu hari beliau berkunjung di suatu desa yang ada di Wadi Amed. Ketika
itu hujan turun lebat sehingga beliau berkata kepada untanya: "Pergilah
engkau dan carilah sebuah tempat berteduh dan akupun akan berbuat yang sama
dan besok kita bertemu di desa Qaran bin Adwan". Keesokan harinya ketika
beliau tiba di desa Qaran, maka beliiau tidak mendapati untanya, sehingga
beliau bertanya kepada pembantunya: "Ke manakah perginya unta?"
Tetapi sang pembantu tidak dapat menemukannya. Pada keesokan paginya, unta
itu datang lengkap dengan barang-barangnya.
Ketika al-Habib Abdul Rahman wafat di kota Huraidhah, maka al-habib Umar
menyuruh pembantunya untuk membantu pencari tanah yang cocok untuk dijadikan
sebagai kuburan ayahnya, akhirnya sang pembantu mendapatkan sebidang tanah
yang ditandai dengan sebuah tiang dari cahaya, akhirnya al-Habib Abdul Rahman
dimakamkan di temppat tersebut. Biasanya jika al-Habib Umar berziaraah ke
makam ayahnya, maka beliau bercakap-cakap dengan ayah beliau dari balik
kubur.
Al-Habib Abdul Rahman bin Aqil bernikah dengan dua orang wanita, iaitu Syarifah
Muznah binti Muhammad bin Ahmad bin Alawi al-Jufri. Syarifah ini adalah
bondaa bagi al-Habib Umar dan saudara-saudara sekandungnya, iaitu al-Habib
Abdullah dan al-Hababah Alawiyah. Selanjutnya beliau bernikah dengan seorang
wanita ddarri Yemen dari keluarga al-Bathouq salah satu dari kabilah Bani
Ahmad iaitu Arobiyah binti Yamani Bathouq. Isteri beliau yang kedua ini
melahirkan beberapa orang anak di antaranya Aqil, Sholeh, Musyayakh dan
Maryam.
Pada umumnya beliau berdomisili di Lisk, tetapi beliau sering berkunjung
ke Ainat, Tarim, Wadi Amed, al-Qaser dan Do'an. Akhirnya beliau ditakdirkan
ppindah di Huraidzah beberapa saat sebelum beliau wafat iaitu bertepatan
ketika al-Habib Umar telah mendapat petunjuk dari kedua guru beliau iaitu
al-Habib Hussein adn al-Habib Hamid putra Syeikh Abu Bakar bin Salim untuk
pindah ke Huraidzah. Di desa Huraidzah inilah beliau wafat.
Bonda
al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas
Bonda beliau berrnama Syarifah Muznah binti Muhammad bin Alawi al-Jufri.
Bonda beliau termasuk seorang yang shalih. Dikisahkan bahawa putra Syarifah
Muznah meninggal dunia dalam usia kecil, ia bernama Ahmad. Setelah beberapa
hari dari saat kematiannya, maka ada seekor burung kecil berwarna hijau
yang sering datang mengunjungi Syarifah Muznah ini, sampai beliau berkata.
"Jika engkau adalah ruh putraku yang telah wafat, amak ddatanglah ke
tanganku". Setelah Syarifah Muznah menghulurkan tangannya, maka burung
kecil itu hinggap ke tangannya dan menciumnya, kemudian beliau melepaskannya
kembali, sehingga burung itu terbang dari tangan beliau.
Saudara
al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas
Beliau mempunyai empat orang saudara lelaki dan dua perempuan. Adapun yang
sekandung dengan beliau adalah Abdullah dan Alawiyah, sedangkan Sholeh,
Aqil, Musyayakh dan Maryam saudara dari ayah, ibu mereka seorang wanita
Yemen dari keluarga Bathouq dari kabilah Bani Ahmad.
Adapun saudaara beliau iaitu al-Habib Abdullah bin Abdul Rahman termasuk
seorang tokoh wali yang terkenal, ia pernah melakukan pelbagai latihan riadah
dan mujahadah. Dan pergi berdakwah ke gunung Al Yafi' tempat Bani Yafi',
setelah mendapat izin dari gurunya yang bernama al-Habib Hussein bin Abu
Bakar bin Salim dengan disertai oleh pembantunya yang bernama Ali bin Ahmad
Harharah Al Yafi'i.
Beliau menetap di desa Ma'zubah, sempat menikah di desa itu dan mempunyai
anak cucu. Makam beliau dan anak-anaknya di desa itu banyak diziarahi orang
dari berbagai tempat yaang jauh. Mereka diberi berbagai karomah yang tidak
sedikit jumlahnya, menurut al-Habib Ali bin Hassan al-Attas, anak cucu beliau,
ada seratus orang lebih yang sempat dihitung di waktu Habib Ali masih hidup.
Saudara Habib Umar yang bernama al-Habib Aqil dikenal sebagai seorang ulama
yang selalu mengamalkan ilmunya. Al-Habib Aqil ini pernah berguru dari Syeikh
Muhammad biin Umar al-Afif di desa al-Hajrain, hingga banyak orang yang
menimba ilmu dari beliau setelah beliau kembali ke Huraidzah. Setiap harinya
al-Habib Umar menyempatkan diri untuk menghadiri Majlis Ta'lim al-Habib
Aqil setiap kali setelah beliau kembali dari makam ayahnya.
Al-Habib Aqil wafat di kala Habib Umar masih hidup. Beliau meninggalkan
beberapa putra dan putri. Setelah ayahnya wafat, maka Habib Umar mengasuh
mereka dengan sebaik-baik asuhan. Setelah putra-putra Habib Aqil dewasa,
maka al-Habib Umar mengawinkan dengan putri-putri beliau.
Adapun Musyayakh termasuk seorang yang sholeh, beliau wafat di masa hidup
al-Habib Umar, beliau meninggalkan seorang putri. Adapun Sholeh, ia mempunyai
seorang putra bernama Hussein. Adapun saudaranya iaitu Maryam, telah menikah
dengan Habib Syeikh bin Abdillah al-Musawa, dan mempunyai beberapa oraang
putra.
Pindahnya
al-Habib Umar ke kota Huraidhah
Al-Habib Hussein bin Abu Bakar bin Salim sering berkata: "Wahai keluarga
Ba'alwi Huraidzah?" Maka dikatakan kepada beliau bahawa tidak seorang
pun dari keluarga Ba'alwi yang ada di desa itu, maka ia berkata: "Kelak
di desa itu akan didatangi keluarga Ba'alwi, wajah-wajah mereka bagaikan
bulan, dan akan memberikan manfaat kepada orang banyak."
Ketika al-Habib Umar mencapai usia akil baligh, maka guru beliau yang bernama
al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim menyuruh beliau untuk berdakwah
ke desa al-Huraidzah. Demikian pula guru beliau yang bernama al-Habib Hamid
bin Syeikh Abu Bakar juga menyuruh beliau untuk segera berdakwah di desa
al-Huraidzah. Maka dengan bekal perintah dari kedua guru beliau, al-Habib
Umar segera berdakwah ke Huraidzah.
Al-Habib Ali bin Hussain al-Attas menyebut di dalam kitab Taajul A'raas
juz 2 halaman 111 bahawa pada mulanya al-Habib Umar sering pulang pergi
ke Huraidzah. Akhirnya beliau menetap di sana pada tahun 1040 H.
Ketika al-Habib Umar tiba di Huraidzah untuk pertama kalinya, beliau diminta
oleh Syeikh Najjaad Adz Dzibyani untuk menetap di rumahnya, dia sangat menghormati
beliau dan mengatakan: "Ini rumah-rumahmu" Sehingga Syeikh Najjaad
mendapat barakah yang luar biasa dari beliau.
Di desa itu ada seorang wanita yang bernama Sholahah, ia bernazar untuk
memberikan hartanya dan bagian dari rumahnya kepada Habib Umar, kemudian
al-Habib Umar meminangnya sebagai imbalan atas kebajikannya itu.
Selanjutnya, sebelum al-Habib Umar menetap di desa al-Huraidzah, maka beliau
kembali ke desa Lisk lebih dahulu untuk mengajak ayahnya ddan saudara-saudaranya
untuk pindah ke Huraidzah. Pada mulanya ajakan al-Habib Umar untuk pindah
ke desa Huraidzah ditolak ayah beliau, tetapi setelah keduanya minta pendapat
dari al-Habib Hamid dan al-Habib Hussein, maka kedua guru beliau menyuruh
al-Habib Abdul Rahman untuk mengikuti minat al-Habib Umar. Keduanya mengatakan:
"Wahai Abdul Rahman, pergilah bersama Umar, dan ikuti serta pegangi
pendapatnya, sekalipun kau adalah ayahnya dan diia anakmu". Sehingga
al-Habib Abdul Rahman berkata kepada putranya: "Wahai Umar, kalau sekarang
kami mau mengikuti pendapatmu , maka lakukanlah apa saja yang terbaik bagi
kami". Selanjutnya seluruh keluarga al-Habib Umar segera meninggalkan
Lisk menuju ke desa al-Huraidzah. Ketika rombongan itu tiba di desa Manwab,
maka al-Habib Umarr berkata: "Hendaknya kalian melanjutkan perjalanan
sampai ke Huraidzah, sebbab aku hendak singgah dulu di tempat isteriku yang
ada di desa ini". Maka rombongan itu meneruskan perjalanannya ke desa
al-Huraidzah, sedangakan al-Habib Umar singgah dan menetap di desa Manwab
selama satu minggu.
Al-Habib Abdul Rahman, ayah al-Habib Umar mulai merasa sakit setibanya beliau
di desa Huraidzah, dan kerana sakit setibanya beliau, maka beliau takut
kalau ajalnya tiba, sedangkan Habib Umar tidak ada di sisi beliau, kerana
itu ketika al-Habib Umar tiba, maka beliau menegur al-Habib Umar, tetapi
al-Habib Umar mengajukan alasannya dan mohon maaf sebesar-besarnya atas
keterlambatannya itu, sehingga ayahnya mau memaafkannya.
Dan sakitnya yang menyebabkan ajalnya tiba itu, al-Habib Abdul Rahman merasa
takut kalau al-Habib Umar tidak memperhatikan saudara-saudaranya yang masih
kecil dari ibu lain, sebab beliau tahu ibu tirinya al-Habib Umar tidak sayang
padanya sebagaimana umumnya kaum wanita. Di saat ayahnya risaukan hal itu,
maka al-Habib Umar yang mengetahuinya secara Khasaf, maka beliau mendekati
ayahnya dan beliau berkata: "Wahai ayahku, tenanglah jangan engkau
fikirkan tentang keluargamu, aku Insya-Allah akan menyayangi saudara-saudaraku
lebih dari menyayangi diriku sendiri". Maka hati al-Habib Abdul Rahman
menjadi gembira dan beliau mendoakan kebajikan baggi Habib Umar, apalagi
di saat itu, beliau sedang menyaksikan alam akhirat, tentu doa seorang ayah
yang sholeh bagi anaknya yang sholeh pula, akan sama dengan doa seorang
Nabi buat umatnya, apalagi al-Habib Abdul Rahman waktu itu sedang sakit,
Rasulullah pernah bersabda: "Jika kalian mengunjungi orang yang sedang
sakit, maka mintalah doa bagi kalian". Al-Habib Umar memenuhi janjinya
kepada ayahnya dan beliau sangat memperhatikan kebutuhan saudara-saudaranya,
terutama dari segi pendidikan dan pemeliharaannya.
Wafatnya
ayahanda al-Habib Umar
Beliau wafat setelah delapan hari tiba di desa al-Huraidzah. Al-Habib Umar
sibuk mempersiapkan perawatan jenazah ayah beliau, kemudian beliau menyuruh
pembantunya Mahmud an-Najar untuk memilih kubur bagi ayahnya. Ketika Mahmud
masuk di perkuburan al-Huraidzah, maka ia dapatkan ada sebuah tanah yang
disinari seberkas cahaya langit, maka di tempat itulah al-Habib Abdul Rahman
dikuburkan.
Al-Habib Umar rajin berziarah ke makam ayahnya, bahkan tidak seharipun beliau
pernah melupakannya. Pada suatu hari al-Habib Umar berkata: "Ketika
aku tidak berziarah ke makam ayahku selama beberapa hari, maka aku lihat
ayahku dalam mimpiku amat murka kepadaku kerana aku tidak menziarahi beliau
selama beberapa hari, aku lihat jasad beliau menjadi besar, sehingga aku
sulit untuk berjabat tangan dengan beliau dikeranakan tingginya jasad beliau".
Hubungan
erat antara al-Habib Umar dengan Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif
Dulu sebelum al-Habib Umar tiba di desa al-Huraidzah, maka penduduknya sangat
berkeyakinan kepada kewalian para sesepuh al-Masyaikh dari keluarga al-Afif.
Pada suatu hari, penduduknya minta kepada Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif,
seorang wali dan sholeh yang terkemuka, untuk memohonkan air hujan bagi
penduduk desa Huraidzah. Kemudian mereka keluar menuju ke suatu kubur wali,
kebetulan pada saat itu al-Habib Umar masih baru di desa itu dan masih belum
dikenal orang, sehingga penduduknya tidak memberitahu kepada beliau untuk
berdoa bersama dengan mereka dan merekapun tidak memberitahu kepada Syeikh
Abdullah al-Afif tersebut tentang keberadaan al-Habib Umar, sampai setelah
mereka melakukan doa bersama untuk memohon air hujan, lalu terdapat pembicaraan
sekitar keberadaan al-Habib Umar, maka Syeikh Abdullah berkata kepada mereka:
"Mengapa kalian tidak memberitahukan aku tentang keberadaan al-Habib
Umar, mungkin doa kalian tidak akan diterima dan air hujan tidak akan turun".
Kemudian Syeikh Abdullah segera meninggalkan tempat itu, kemudian mendatangi
Habib Umar untuk mohon maaf. Kata al-Habib Umar: "Wahai Syeikh Abdullah,
desa ini adalah desa kalian dan aku di desa ini hanya orang asing yang baru
datang". Kata Syeikh Abdullah: "Bukan demikian wahai tuanku, bahkan
desa ini adalah milikmu dan aku tidak mempunyai hak apapun setelah tuan
ada di sini".
Al-Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi berkata: "Memang, al-Habib Umar
mempunyai hubungan yang erat dengan Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif. Dan
Syeikh Abdullah pernah berkata kepada beliau: "Memang, Huraidzah adalah
desa kami, akan tetapi kami serahkan kepada kamu". Disebutkan bahawa
Syeikh Abdullah pernah minta pakaian (Libas) dari al-Habib Umar, maka kata
beliau: "Besarnya rasa cintamu, hal itu sudah cukup".
Dalam juz kedua di dalam buku Taajul A'raas disebutkan, bahwa al-Habib Ahmad
binl Hassan al-Attas pernah menyebutkan tentang kisah Syeikh Abdullah bin
Ahmad al-Afif: "Di desa Huraidzah, Syeikh Abdullah al-Afif mempunyai
sebuah kebun kurma, ketika al-Habib Umar tiba di desa itu, maka Syeikh Abdullah
bernazar untuk memberikan kebun kurma itu kepada al-Habib Umar. Ketika hal
itu diutarakan kepada al-Habib Umar, maka beliau berkata kepada penduduk
Huraidzah: "Wahai penduduk, bagaimanakah pendapat kalian tentang nazar
Syeikh Abdullah?" Jawab penduduk Huraidzah: "Menurut kami, nazar
Syeikh Abdullah adalah benar". Jawab Habib Umar: "Kalau begitu,
tanah ini aku terima tetapi aku hadiahkan kembali bagi kalian semua sebagai
nazar dari aku, maka terimalah tanah itu dari aku". Ada seorang di
antara mereka yang berkata kepada beliau: "Mengapakah engkau tidak
memberikannya kepada keluargamu?" Kata al-Habib Umar: "Kelak anak
cucuku akan memiliki desa ini semuanya".
Guru-guru
al-Habib Umar al-Attas
Beliau berguru dari orang-orang yang pernah berguru dari Sayyidina Syeikh
Abu Bakar bin Salim, terutama dari putra-putranya, iaitu al-Habib Muhdhor
bin Syeikh Abu Bakar, al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar dan al-Habib
Hamid bin Syeikh Abu Bakar.
Al-Habib Umar juga pernah berguru dari Habib Muhammad bin Abdurrahman al-Hadi,
dari Sayyid Umar bin Isa Barakwah as-Samarkandi al-Maghribi yang dimakamkan
di desa al-Ghurfah. Demikian pula al-Habib Umar sering mengunjungi Syeikh
al-Kabir Ahmad bin Shahal bin Ishaq al-Hainani. Selain itu, beliau sangat
erat hubungannya dan selalu mengunjungi Habib Abu Bakar bin Abdurrahman
bin Syihab dan Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif dan Syeikh Ahmad bin Abdul
Kadir Ba'syin, Shahib Rubath. Beliau pun sering mengunjungi Habib Abu Bakar
bin Muhammad Balfaqih, Shahib Qaidun. Selain itu, beliau gemar mengunjungi
orang-orang soleh dari Ahlul Bait maupun dari keluarga al-Masyaikh dan orang-orang
yang soleh.
Al-Habib Umar sangat mengagungkan dan menghormati guru beliau yang bernama
al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim. sampaipun, bila al-Habib
Umar mendengar nama gurunya yang satu ini disebut orang, maka wajah beliau
berubah kerana mengagungkan gurunya yang satu ini, bahkan adakalanya al-Habib
Umar bercakap-cakap dengan al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar di tengah
satu majlis, sedangkan ucapan keduanya tidak dapat dimengertikan orang lain.
Syeikh Ali bin Abdillah Baraas berkata: "Al-Habib Umar berkata, pada
suatu hari aku mendatangi al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim
dengan maksud untuk mudzakarah tentang tariqah Tasawwuf, kebetulan ketika
itu al-Habib Hussein sedang berada di tengah anggota majlis ta'alimnya.
Kemudian beliau berkata: "Wahai Umar, seseorang yang tidak mengerti
suati isyarat, maka ia tidak akan dapat mengambil manfaat dari ibarat yang
terang dan siapa yang menjelaskan kata-kata yang sudah jelas dengan kata-kata
yang lebih jelas, ada kalanya dapat menambah pendengarannya makin bertambah
bingung". Selanjutnya al-Habib Umar berkata: "Timbul rasa takut
di hatiku bahwa tutur kata guruku setela kata-kata itu sengaja ditujukan
bagiku".
Al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim sangat menghormati al-Habib
Umar, bahkan beliau lebih mengunggulkan al-Habib Umar dari saudara-saudaranya
dan kawan-kawannya. Al-Habib Hussein tidak pernah berdiri untuk menghormati
orang, seperti halnya untuk al-Habib Umar, hal itu tidak lain dikarenakan
tingginya kedudukan Habib Umar.
Pada suatu hari al-Habib Umar bersama sekelompok para tokoh Alawiyin datang
ke tempat al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, pada waktu itu
al-Habib Umar merupakan satu-satunya orang yang paling merendahkan diri
dan memakai pakaian ang paling sederhana, ditambah lagi kedua matanya tidak
dapat melihat. Ketika al-Habib Hussein melihat al-Habib Umar berada di paling
belakang rombongan itu, maka al-Habib Hussein berubah wajahnya, kemudian
beliau berkata kepada orang-orang yang terkemuka dari rombongan itu: "Sesungguhnya
kalian hanya lebih mengutamakan penampilan lahiriah, dan kalian tidak mau
memuliakan orang yang paling mulia menurut kedudukan yang sepantasnya, andakata
kalian tahu kemuliaan lelaki ini, iaitu al-Habib Umar, pasti kedudukan kalian
tidak ada artinya, leher-leher kalian akan menunuduk dan ruh serta jasad
kalian akan rindu kepadanya". Kemudian beliau menyebutkan keutamaan-keutamaan
al-Habib Umar yang menyebabkan mereka berasa betapa kecilnya dirinya masing-masing".
Silsilah
isnad al-Habib Umar dalam menerima hirqah
Al-Habib Umar menerima selendang hirqah dari al-Habib Hussein bin Syeikh
Abu Bakar bin Salim, sedangkan beliau menerimanya dari saudaranya iaitu
Syeikh Umar al-Muhdhor, beliau menerimana dari ayah beliau, iaitu Syeikh
Abu Bakar bin Salim, Shahib Ainat, beliau menerimanya dari Syeikh Syihabudin
Ahmad bin Abdurrahman, beliau menerimanya dari ayah beliau, Syeikh Abdurrahman
bin Ali, beliau menerimanya dari ayahnya, Syeikh Ali bin Abu Bakar, beliau
menerimanya dari ayahnya, Syeikh Abu Bakar Sakran, beliau menerimanya dari
ayahnya, Syeikh al-Kabir Abdurrahman as-Seggaf, beliau menerimanya dari
ayahnya, iaitu Syeikh Muhammad Mauladawilah, beliau menerimanya dai ayahnya,
Syeikh Ali bin Alawi, beliau menerimanya dari ayahnya, Syeikh Alwi bin Faqih
al-Muqaddam, beliau menerimanya dari ayahnya, al-Ustadzul A'dzam al-Faqih
al-Muqaddam Sayyidina Muhammad bin Ali Ba'alawi.
Adapun sumber penisbatan al-Hirqah dan silsilah isnad bagi Syeikh al-Faqih
al-Muqaddam berasal dua jalur, salah satu dari jalur ayah-ayah beliau iaitu
beliau dididik dan menerimanya dari ayah beliau, Ali bin Muhammad dan dari
paman beliau, Alawi bin Muhammad, keduanya menerima dari ayahnya Muahmmad
Syahib Mirbath, beliau menerimanya dari ayahnya, Ali Khali' Qasam, beliau
menerimanya dari ayahnya, Alawi Shahib Samal, beliau menerimanya dari ayahnya,
Ubaidillah, beliau menerimanya dari ayahnya, al-Imam Muhajir Ahmad bin Isa,
beliau menerimanya dari ayahnya, Isa an-Naqib, beliau menerimanya dari ayahnya,
Muhammad, beliau menerimanya dari ayahnya, Ali al-Uraidhi, beliau menerimanya
dari ayahnya, al-Imam Ja'far as-Shoddiq, beliau menerimanya dari ayahnya,
al-Imam Muhammad al-Baqir, beliau menerimanya dari ayahnya, Ali Zainal Abidin,
beliau menerimanya dari ayahnya, al-Imam al-Hussein dan dari pamannya al-Imam
al-Hassan, keduanya menerima dari kakeknya Nabi Muhammad SAW, juga dari
ayahnya al-Imam Ali bin Abi Thalib sedangkan Nabi SAW menerimanya dari Allah
seperti yang beliau katakan:
![]()
"Aku
dididik oleh Tuhanku dan ia mendidikku dengan sebaik-baik didikan".
Adapun jalur kedua yang diterima oleh Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam Thoriqoh
Syuai'biyah iaitu lewat Syeikh Syu'aib Abu Madyan al-Maghribi dengan perantaraan
Abdurrahman al-Muq'ad dan Abdullah as-Shaleh. Sedangkan Syeikh Syu'aib Abu
Madyan menerimanya dari Syeikh Abu Ya'izza al-Maghrabi, beliau menerimanya
dari Syeikh Abul Hasan bin Herzihim atau yang dikenal dengan nama Abu Harazim,
beliau menerimanya dari Syeikh Abu Bakar bin Muhammad bin Abdillah binl
Arabi dan al-Ghadi al-Mughafiri. Sedangkan binl al-Arabi menerimanya dari
Syeikh Imam Hujjatul Islam al-Ghozali, beliau menerimanya dari gurunya,
iaitu Imam al-Haramain Abdul Malik bin Syeikh Abu Muhammad al-Juaini, beliau
menerimanya dari ayahnya, Abu Muhammad bin Abdullah bin Yusuf, beliau menerimanya
dari Syeikh Abu Thalib al-Makki, beliau menerimanya dari Syeikh Syibli,
beliau menerimanya dari Syeikh al-Junaid, beliau menerimanya dari pamannya,
iaitu as-Sirri as-Siqthi, beliau menerimanya dari Syeikh Ma'ruf al-Karkhi,
beliau menerimanya dari gurunya, Syeikh Daud at-Tho'i, beliau menerimanya
dari Syeikh Habib al-'Ajmi, beliau menerimanya dari Imam Hasan al-Basri,
beliau menerimanya dai Imam Ali bin Abi Thalib, beliau menerimanya dari
Rasulullah SAW, beliau menerimanya dari malaikat Jibril, dan beliau menerimanya
dari Allah Ta'ala.
Sanad
penerimaan kalimat talqin bagi al-Habib Umar
Al-Habib
Umar menerimanya talqin kalimat Laa Ilaaha Illallah Muhammadar Rasulullah
SAW dari Syeikh al-Arif Billah Assyarif Umar bin Isa Barakwah as-Samarqandi
al-Maghrabi.
Syeikh
Ahmad bin Abdul Qadir Ba'syin Shahib Rubath berkata: "Syeikh Umar Barakwah
menuturkan kepada kita bahawa talqin dzikirnya cabangnya sampai kepada Syeikh
Abdul Qadir al-Jailani, sedangkan Syeikh al-Qadir al-Jailani menerima talqin
dzikir dari empat ratus orang guru dan guru-guru beliau sanadnya bersambung
sampai dengan Sayyidina Hussein bin Ali bin Abi Thalib, semua ahli talqin
dzikir bersambung dengan Rasulullah SAW. Keadaannya sama dengan mata rantai
yang terjalin erat antara yang satu dengan yang lainnya, sehingga jika mata
rantai yang ada paling bawah digerakkan, maka mata rantai yang ada di paling
ataspun akan bergerak, demikian pula sebaliknya. Hal itu adalah disebabkan
eratnya keterkaitan antara yang satu dengan yang lainnya, sama halnya dengan
keterkaitan nasab Ahlul Bait, satu sama lainnya saling terkait erat. Segala
puji bagi Allah yang menjadikan mereka suri tauladan yang baik bagi kami
dan keterkaitan kamipun dengan mereka masih erat".
Al-Hakim meriwayatkan dari Saddad bin Aus, ia berkata: "Ketika kami
berada di sisi Nabi SAW, maka beliau bersabda:
"Angkatlah
tangan-tangan kalian dan ucapkanlah "Lailaha Illallaah". Setelah
kami melakukannya, maka Rasulullah SAW bersabda: "Ya Allah, sesungguhnya
Engkau mengutus aku untuk menyampaikan dan mengikrarkan kalimat Tauhid ini
dan Engkau akan memberi Syurga kepada seorang yang mengucapkannya dan Engkau
tidak akan memungkiri janji. Selanjutnya beliau bersabda: "Bergembiralah
kalian sebab Allah telah memberi ampun kepada kalian".
Budi
pekerti al-Habib Umar al-Attas
Al-Habib
Umar al-Attas dikenal sebagai seorang Alim, Amil, Quthub, Ghauts, seorang
tokoh sufi, suci, suka memenuhi janji, Murabbi, Rabbani, Da'i, suka mengajak
orang ke jalan Allah dengan pandangan yang bersih dan budi pekerti yang
luhur, beliau himpun ilmu lahir dan batin. Beliau dikenal sebagai pelindung
kaum fakir dan kaum janda serta anak-anak yatim. Beliau senantiasa menyambut
dan menggembirakan orang-orang fakir, mereka dimuliakan dan didudukkan pada
tempat yang mulia, sehingga mereka sangat mencintai beliau. Beliau dikenal
baik oleh kalangan luas banyak sekali beristiqad dengan beliau, dan mempunyai
kedudukan yang sangat tinggi, beliau amat tawadhu' dan merendahkan dirinya
kerana merasa diawasi oleh Allah. Beliau selalu menyuruh orang untuk bersabar,
khususnya jika cobaan dan bencana sedang menimpa. Beliau sangat bersabar
untuk menjalankan aktiviti ibadat.
Beliau al-Habib Umar tidak pernah tidur pada bagian separuh terakhir di
malam hari, beliau pernah menghabiskan waktu malamnya untuk mengulang-ulang
bacaan doa Qunut.
Beliau
suka menyantuni orang-orang fakir dan para wanita yang tidak mampu. Beliau
amat sabar dalam menghadapi pelbagai krisis, beliau tidak pernah menyombongkan
diri kepada seorangpun, beliau mau duduk di tempat mana saja tanpa membezakan
tempat yang baik atau jelek dan beliau tidak pernah menempatkan dirinya
di tempat yang lebih tinggi atau tempat yang menonjol, kalau beliau meninggalkan
majlisnya kerana ada hajat, maka ketika beliau kembali ke tempat duduknya
dan beliau mendapati tempat duduknya telah diduduki orang lain, maka beliau
akan mencari tempat duduk lain. Beliau tidak pernah mendekati kaum penguasa.
Beliau
senantiasa mengikut jejak perjalanan para sesepuh beliau yang terdahulu,
para tokoh Ba'alwi seperti perjalanan yang ditempuh oleh Sayidina al-Faqih
al-Muqaddam Muhammad ibnu Ali Ba'alwi, Syeikh as-Seggaf, Alaidrus, Syeikh
Abu Bakar ibnu Salim dan tokoh-tokoh lainnya. Thoriqah mereka lebih mengutamakan
menutup diri, tawadhu', tidak menuruti hawa nafsu, lemah lembut, tidak ingin
dikenal apalagi menonjol diri, kerana mereka merasa bahawa diri mereka tidak
akan menjadi orang baik kecuali hanya dengan anugerah dan kemurahan Allah.
Sifat ini tetap diikuti oleh anak cucu mereka, khususnya para wali yang
mempunyai kedudukan, ilmu dan gemar beramal kebajikan dan beribadah.
Pokoknya
al-Habib Umar senantiasa mengikuti jejak para sesepuhnya yang sholeh, beliau
selalu mengikuti budi pekerti yang mulia seperti budi pekerti Nabi yang
pernah disebutkan Allah dalam satu firmannya:
"Dan
sesungguhnya engkau di atas budi pekerti yang agung".
Jika beliau meningkatkan frekuensi ibadahnya yang wajib dan sunnah, maka
beliau mengikuti apa yang disebutkan oleh Imam Ghazali di dalam Rub'ul Ibadat
di dalam kitab Ihya'. Demikian pula, jika beliau ingin mengikuti sunnah-sunnah
dan memperbaiki niat dan motivasi, maka beliau mengikuti apa yang diterangkan
oleh Imam Ghazali di dalam Rub'ul Adat di dalam kitab Ihya'. Adapun jika
beliau ingin menjauhi budi pekerti dan tindak tanduk yang tidak baik, maka
beliau mengikuti apa yang diiterangkan oleh Imam Ghazali di dalam Rub'ul
Muhlikat di dalam kitabnya Ihya'. Adapun jika beliau ingin mengikuti akhlak
yang diredhai oleh Allah, maka beliau akan mengikuti apa yang diterangkan
oleh Imam Ghazali di dalam Rub'ul Munjiyat di dalam kitab Ihya' dan mencari
tambahan keterangan lain dari buku-buku lain.
Beliau senantiasa bergembira dan tersenyum kepada semua kalangan, baik terhadap
anak-anak kecil mahupun orang dewasa, sampai setiap orang merasa bahwa dirinya
sebagai kaum kerabat beliau. Beliau senantiasa menyambut dengan baik semua
orang menurut kebutuhannya masing-masing dan beliau bersabar meskipun menghadapi
banyak persoalan dari mereka, semua orang disayangi dan disantuni oleh beliau,
beliau suka berwasiat untuk menyenangkan anak-anak kecil, kata beliau: "Kalau
engkau tidak dapat menyenangkan anak kecil dengan memberi sesuatu, maka
berikan kepada mereka meskipun sebuah batu kerikil berwarna merah, agar
mereka bergembira.".
Beliau suka mengabulkan segala permintaan orang dan suka menanggung kesulitan
orang dengan harapan agar dapat menyenangkan keluarga orang yang ditolongnya
itu. Adakalanya beliau memaksa diri untuk mendatangi rumah-rumah mereka,
sehingga ada dari murid beliau yang mengatakan kepada beliau, bahawa beliau
sudah udzur, karena sudah lanjut usia dan hal itu cukup memberatkan tetapi
beliau menjawabnya: "Sesungguhnya kami mendatangi rumah-rumah mereka,
untuk manfa'at dan maslakhat mereka dan kami berharap dari Allah, agar setiap
rumah yang kami masuki Allah akan memberi ampun kepada penghuni rumah tersebut".
Jika ada dua orang datang ke majlis al-Habib Umar, maka beliau menanya kepada
keduanya, siapa di antaranya yang lebih tua, setelah diberitahukan kepada
beliau, maka beliau mempersilakan yang lebih tua duduk di sebelah kanan
beliau sedang yang lebih muda dipersilakan duduk di sebelah kiri beliau
agar beliau dapat menghormati munurut usianya masing-masing, selanjutnya
keduanya disenangkan dan digembirakan dengan kegembiraan yang luar biasa,
kemudian beliau berbicara dengan keduanya menurut kemampuan berfikir mereka
masing-masing. Akhlak beliau yang seperti itu menyebabkan semua orang terpesona
kepada beliau dan budi pekerti beliau sering disebut orang.
Al-Habib Umar sering mengunjungi Wadi Amed dan al-Qasar untuk mengajak penduduknya
ke jalan Allah dan untuk mempersatukan orang-orang yang bersengketa di antara
mereka. Untuk kepentingan yang satu ini, beliau banyak mengorbankan hartanya
dan tenaganya. Dan sangat bersabar kepada mereka yang berwatak keras, beliau
hampir saja tidak pernah marah, kecuali larangan Allah diremehkan oleh seseorang,
jika hal itu terjadi, maka beliau amat marah, sampai dapat dilihat dari
wajah beliau.
Al-Habib Umar senantiasa menganjurkan manusia untuk rajin mengerjakan amal-amal
ibadah dan menghadiri solat Jum'at dan Jama'ah, beliau selalu menganjurkan
perbuatan baik dan melarang perbuatan mungkar. Beliau tidak mau masuk ke
dalam rumah yang pemiliknya suka berbuat kemungkaran dan tidak mau menghadiri
undangan mereka, samapi mereka mau berubah kebiasaan mereka.
Al-Habib Umar sering mengunjungi Wadi Dou'an, kebiasaan itu beliau lakukan
sejak awal dan beliau tidak pernah meninggalkan kebiasaan itu kecuali di
akhir hayatnya. Beliau pernah mengunjungi Wadi Dou'an berangkat dari al-Lisk
dengan mengenderai unta dan dengan disertai al-Faqih Ahmad ibnu Muhammad
Bajamal al-Asbuhi. Dalam satu kunjungannya ke Wadi Dou'an beliau pernah
mengunjungi Syeikh Ahmad ibnu Ali ibnu Nu'man al-Hajrain di desa Hajrain,
maka Syeikh Ahmad ikut bersama beliau menuju Qaidun untuk berziarah ke makam
Syeikh Sa'id ibnu Isa Alamudi.
Dikarenakan banyaknya berpergian dan perjalanan yang ditempuh oleh al-Habib
Umar al-Attas untuk berdakwah dan untuk mendamaikan orang, maka beliau berkata:
"Sesungguhnya aku di dunia adalah seorang yang asing, maka tidak diwajibkan
atasku melakukan solat Jum'at di suatu desa pun. Beliau lebih suka mengenderai
keledai di sebagian besar waktunya dan di dalam perjalanannya di tengah
hari yang amat panas. Di setiap perjalanannya, beliau selalu membawa kitab
ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi di satu tangan, sedang di tangan yang
lain memegang kitab Al 'awarifu Al Maarif maupun kitab-kitab yang semacamnya
merupakan benteng bagi para tokoh Sufi".
Al-Habib Umar selalu menghabiskan waktunya untuk muzakarah segala cabang
ilmu pengetahuan, untuk keperluan yang satu ini, beliau suka menghabiskan
waktu satu malam penuh. Adakalanya tiba waktu fajar, sedangkan beliau masih
menerangkan berbagai macam hakikat ketuhanan (Hakaik) kepada murid-murid
beliau. Pokoknya tidak satu waktupun beliau lewatkan, kecuali beliau lewatkan
dengan ibadah dan menimba ilmu atau mendengar suatu bacaan. Biasanya jika
ada sekelompok orang duduk di malam hari bersama beliau, maka beliau melayani
mereka, sampai ketika mereka bubar, maka beliau berkata kepada Syeikh Ali
Baras: "Wahai Ali, apakah masih ada orang lain selain kita?".
Jika dijawab tidak, maka beliau berkata: "Ambilkan kitab itu, untuk
kita baca bersama".
Al-Habib Umar tidak pernah mengkhususkan membaca atau mengajar suatu kitab
tertentu. Al-Habib Hussein bin Umar al-Attas berkata: "Pada suatu hari,
aku pergi bersama ayahku, tanganku yang satu memegang tali kendali kenderaan
beliau, sedangkan tanganku yang satu memegang sebuah kitab, sedangkan beliau
menyampaikan kepada kita berbagai cabang ilmu lewat lisan beliau, hal itu
bagaikan sebuah air yang mengalir dengan derasnya. Ketika kami katakan kepada
beliau: "Mengapa engkau tidak izinkan kami membaca atau belajar sebuah
kitab kepadamu?" Maka beliau berkata: "Terimalah sesukamu ilmu
yang sedang mengalir dari satu wadah, meskipun tanpa sebuah kitab".
Beliau berkata kepada seorang guru: "Ajarkan anak-anakku untuk membaca
kitab karya tulis Syeikh Abu Amru".
Al-Habib Umar sangat peduli untuk mengajari saudara-saudaranya yang masih
kecil yang ditinggal wafat oleh ayahnya. Di muka telah kami terangkan bahawa
al-Habib Umar sangat peduli untuk mengajar dan mendidik saudara-saudaranya
yang masih kecil, terutama untuk memahami al-Quran. Beliau menganjurkan
mereka untuk gemar mencari ilmu dan menyuruh guru saudara-saudaranya untuk
memukul mereka, jika mereka tidak memperhatikan pelajarannya. Bahkan beliau
sendiri pernah memukul saudaranya dengan tangannya sendiri, sampai ia berhasil
membaca al-Quran dengan baik. Beliau pernah mengirim saudara beliau al-Habib
Aqil ke Hajrain untuk belajar dari Syeikh Muhammad ibnu Umar al-Afif, sampai
akhirnya al-Habib Aqil mampu mengajar setelah beliau kembali ke desa Huraidzah.
Setiap hari al-Habib Umar menghadiri majlis ta'lim al-Habib Aqil sekembalinya
dari menziarahi kubur ayahnya.
Ketika al-Faqih Syeikh Abdul Kabir ibnu Abdul Kabir Baqais mengunjungi beliau
yang ketika itu beliau masih dalam usia belajar, maka beliau berkata: "Hai,
Abdul Kabir nama telah dihidupi, maka hidupkanlah ilmu". Ucapan beliau
menyuruh Abdul Kabir untuk rajin menuntut ilmu. Dengan anjuran beliau, maka
Abdul Kabir berhasil menimba ilmu sebanyak-banyaknya sampai beliau disebut
al-Faqih. Al-Habib Umar pernah memberitahukan akan lahirnya Syeikh Abdul
Kabir yang ketika itu masih di dalam kandungan ibunya, sedang ayahnya meninggal
dunia. Ketika keluarganya akan membagi harta waris ayahnya, di saat itu
al-Habib Umar berkata: "Sesungguhnya janin yang ada di dalam kandungan
ibunya ini adalah anak laki-laki, maka simpanlah bagiannya dari harta warisannya".
Ternyata apa yang dikatakan oleh al-Habib Umar adalah benar.
Al-Habib Umar telah memberi isyarat kepada salah seorang pengikutnya, Muhammad
ibnu Hishn al-Huraidzi untuk belajar membaca al-Quran meskipun usianya telah
lanjut, dikarenakan telah mendapat barakah dari Habib Umar, maka ia diberi
kemudahan oleh Allah. Ada seseorang jika menghadiri majlis ta'limnya al-Habib
Umar al-Attas, maka ia banyak berbicara, sehingga majlis beliau terganggu,
anehnya jika diadakan pembacaan suatu kitab, maka orang itu mengantuk sampai
tidur. Karena itu, jika orang itu hadir, maka al-Habib Umar berkata kepada
kawan-kawannya: "Ambilkan kitab dan mari kita membaca kitab itu, agar
orang itu diam karena mengantuk".
Al-Habib Umar pernah menyuruh untuk mengeluarkan zakat kurma (Rutob) sebelum
kurma itu menjadi kering. Ketika dikatakan bahawa sebagian ulama mengatakan
bahawa tidak sah mengeluarkan zakatnya kurma sebelum kurma itu menjadi kering,
maka al-Habib Umar berkata: Mereka itu ulama dan kami pun ulama, tanyakanlah
kepada orang-orang miskin, kurma yang masih basah ataukah kurma yang sudah
kering yang mereka sukai". Setelah dijawab, bahwa yang mereka sukaiadalah
kurma yang masih basah, maka pendapat al-Habib Umar diterima oleh mereka
dan dilaksanakan oleh seluruh penduduk desa itu.
Al-Habib Ali ibnu Hussein al-Attas menyebutkan dalam kitabnya Taajul A'raas
juz 1 hal 708, bahawa al-Habib Umar ibnu Abdurrahman al-Attas telah berbeda
pendapat dengan ahli Fiqih dalam tiga masalah. Pertama al-Habib Umar berpendapat
untuk menaruh jenazah di ujung kepala liang lahad dan jika jenazah sedang
diturunkan ke liang lahad hendaknya kedua kakinya diturunkan lebih dahulu.
Kedua, al-Habib Umar berpendapat bahawa seseorang tidak harus berniat ketika
ia menjadikan tangannya sebagai wadah untuk mengambil air hendak berwudhu
(niat Ightiraf) meskipun menurut pendapat ahli Fiqih, orang itu diharuskan
berniat kalau tidak maka airnya menjadi musta'mal. Adapun yang dipakai alasan
oleh al-Habib Umar, seorang yang mengambil air ketika hendak berwudhu, maka
ia tidak mencuci tangannya ke dalam tempat air, kerana itu tidak perlu berniat.
Ketiga, al-Habib Umar berpendapat bahawa seseorang dibolehkan mengeluarkan
zakatnya kurma ketika buah kurma itu masih basah (rutob), meskipun para
ulama tidak membolehkan cara yang demikian itu, alasannya Habib Umar adalah
buah kurma yang masih basah lebih disenangi orang-orang miskin, daripada
buah kurma yang sudah kering.
Disebutkan juga al-Habib Umar menganjurkan orang melakukan solat Ghaib setelah
selesai mengerjakan solat Jum'at. Adapun waktunya adalah setelah imam menutup
solatnya dengan salam dan setelah berzikir, maka diumumkan untuk melakukan
solat Ghaib bagi mereka yang telah meninggal dari segenap umat Islam. Tradisi
macam ini tetap dilakukan penduduk desa Huraidzah dan desa-desa lainnya
yang pernah mendengar fatwa al-Habib Umar.
Al-Habib Umar suka mendengar qasidahnya al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad,
yang awal mula baitnya adalah:
Jika qasidah ini dikumandangkan oleh seseorang di depan Habib Umar, maka
beliau suka menyuruh orang itu untuk mengulanginya, sebab beliau sangat
menyayangi dan merasa kagum qasidah itu. Setelah al-Habib Umar wafat, maka
al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad menyuruh seseorang untuk berziarah
ke makam al-Habib Umar dan menyuruhnya untuk membacakan qasidah yang disebutkan
di atas tadi di sisi kubur al-Habib Umar. Ketika orang itu melaksanakan
apa yang diperintahkan oleh al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad, maka
ia tertidur sejenak, maka tahu-tahu terdapat sepotong roti yang masih hangat
di pangkuannya. Ketka ia terbangun ia terkejut dengan adanya dua potong
roti dihadapnya, setelah diperiksa di sekelilingnya, ternyata tidak ada
seorangpun yang ada didekatnya, sehingga ia yakin bahawa dua potong roti
itu adalah karomah dari al-Habib Umar sebagai petanda bahawa qasidah yang
dibacanya telah didengar oleh al-Habib Umar dan ziarahnya terkabul. Maka
yang sepotong dimakan sedangkan yang sepotong lagi dibagikan kepada anak-anaknya.
Al-Habib Umar dan guru beliau, al-Habib Hussein ibnu Syeikh Abu Bakar ibnu
Salim melarang orang untuk menghisap rokok dan mengharamkannya.
Al-Habib Umar suka menyuruh orang untuk memperbaiki cara pengairan sawah
ladang. Beliau amat senang dengan orang-orang yang suka mengairi sawah ladangnya
dan beliau selalu mendoakan kebajikan bagi mereka, tetapi beliau tidak senang
terhadap orang-orang yang malas mengakhiri sawah ladangnya.
Al-Habib Umar selalu menganjurkan orang untuk rajin menanam pohon kurma.
Di desa Andal dan al-Qasar banyak menghasilkan buah kurma. dikarenakan seringnya
al-Habib Umar menganjurkan orang untuk menanamnya. Biasanya beliau berpesan
untuk memberi jarak sepuluh langkah atau lima belas langkah antara satu
pohon kurma dengan lainnya.
Banyak hadiah-hadiah yang mengalir kepada al-Habib Umar, tetapi beliau tidak
mahu menerimanya, kecuali hanya sebagian kecil daripadanya. Bahkan jika
ada seseorang yang nadzar memberi pohon kurma kepada beliau, maka beliau
ada kalanya menolaknya. Beliau tidak mahu menerima pemberian seorang penguasapun,
kalau ada seorang penguasa memberi hadiah atau bingkisan kepada beliau atau
yang ada hubungannya denga penguasa, maka beliau selalu menolaknya dengan
cara yang manis dan halus.
Al-Habib Umar selalu pasrah dan redho terhadap apa saja yang dikehendaki
oleh Allah. Al-Habib Umar selalu sederhana dalam cara berpakaiannya, makan
minumnya dan tempat tinggalnya. Beliau suka memakai pakaian yang kasar berwarna
putih, hasil tenunan dalam negeri, bukan buatan dari India. Beliau tidak
pernah memakai pakaian yang berwarna hitam, selain ketika putera beliau
wafat, tetapi beliau mengenakan juga pakaian putih dan berwarna merah untuk
menampakkan beliau tidak susah atas kematian putranya. Ketika ditanyakan,
mengapa beliau berpakaian demikian, maka beliau berkata: "Sesungguhnya
syaitan menyuruh kami untuk menampakkan rasa susah, tetapi kami menolaknya
agar ia menjadi kecewa".
Biasanya jika al-Habib Umar diberi hadiah sehelai kain halus berwarna putih,
maka beliau memakainya sebagai alas duduk di atas kenderaannya sampai kain
itu tampak rosak. Biasanya jika beliau diberi hadiah sehelai baju terlalu
panjang bagian tangannya, maka beliau memotongnya sampai sebatas telapak
tangan. Hal itu adalah dikarenakan beliau meniru jejak hidup Imam Ali ibnu
Abi Thalib yang selalu memotong bagian tangannya sampai batas telapak tangan.
Jika al-Habib Umar hendak membangun rumah, maka beliau menyuruh arkiteknya
untuk membangunkan kamar mandi di bagian depan rumahnya agar orang-orang
yang melihatnya akan mengerti, betapa hinanya kehidupan dunia yang selalu
mereka rebutkan itu. ketika arkiteknya telah selesai membangun tembok rumah
beliau, maka beliau dipersilakan masuk ke dalam bangunan itu. Setelah beliau
mengukur tinggi bangunannya dirasa telah cukup, maka beliau menyuruhnya
untuk membangun atapnya. Letak rumah beliau di bagian atas desa. Ketika
penduduk desa Huraidzah minta pertimbangan beliau, di manakah rumah beliau
harus dibangun, maka beliau menyuruh mereka untuk membangun rumahnya di
bagian atas desa itu di dekat rumah Syeikh Salamah ibnu Ali Basahil. Sebab
beliau amat erat hubungannya dengan Syeikh Salamah yang dikenal sebagai
wali yang wara', ahli ibadah dan amat dekat hubungannya dengan al-Habib
Umar, sehingga al-Habib Umar sering mengunjunginya. Kata al-Habib Umar:
"Andaikata aku tidak takut kebakaran, pasti aku lebih senang di sebuah
gubug".
Beliau tidak terlalu memperhatikan masalah makanannya, beliau mau makan
apa saja yang didapatnya dengan mudah, tidak jarang beliau menahan lapar
jika tidak ada rezeki yang dimakannya. Disebutkan bahawa pada suatu malam
isteri Hussein menantu beliau tidak menyediakan makan malam bagi al-Habib
Umar, sebab ia mengira bahawa al-Habib Umar sudah makan malam di rumah Salim,
puteranya. Demikian juga isteri Salim tidak menyiapkan makan malam bagi
al-Habib Umar, sebab ia mengira bahawa al-Habib Umar telah makan di rumah
Hussein. Kebetulan malam itu pembantunya keluar dengan membawa sepotong
roti untuk makan sapinya, maka beliau mengambil sebagian seraya berkata:
"Ini adalah makan malamku". Al-Habib Umar hanya berkata: "Kurma
dan mentimun yang halal lebih baik dari bubur kambing (harisah) yang subhat".
Pada suatu hari ketika beliau berkunjung ke Wadi 'Amed, maka beliau singgah
di rumah salah seorang pengikutnya yang ada di desa itu. Penduduk desa itu
senang menerima kehadiran al-Habib Umar, sehingga mereka membikin bubur
asidah bagi beliau. Ketika penduduk desa itu masih sibuk membuat bubur asidah,
salah seorang puteri dari mereka datang dengan membawa sepiring makanan
bagi beliau, beliau hanya menyuapnya sedikit. Tidak lama setelah bubur asidah
yang dipersiapkan penduduk desa itu telah selesai, maka mereka menghidangkannya
ke hadapan al-Habib Umar, tetapi beliau tidak menyuapkan sedikitpun dari
bubur asidah itu, sehingga mereka minta beliau untuk mencicipinya, tetapi
beliau menolaknya dengan halus, seraya berkata: "Ada seorang puteri
telah membawakan makanan buah bidara cina bagiku, aku telah memakannya sedikit
dan hal itu aku telah rasa cukup". Kisah ini merupakan salah satu bukti
dari kesederhanaan al-Habib Umar dalam hal makanan.
Sifat
postur tubuh al-Habib Umar al-Attas
Al-Habib Ali ibnu Hassan al-Attas pernah menyebutkan dari al-Habib Abu Bakar
ibnu Muhammad Bafaqih, Shahib Qoidun, tentang sifat diri al-Habib Umar sebagai
berikut: "Tubuh al-Habib Umar berperawakan sedang, wajahnya tampan,
janggutnya lebar, jika seorang melihat beliau, maka akan melihat kewibawaan
beliau dan tercium bau harum dari beliau".
Al-Habib Umar gemar memakai parfum. Kata beliau: "Dari besarnya kesukaannya
kepada parfum, maka aku ingin dihadirkan sebuah bejana yang berisi parfum,
kemudian aku akan memakainya semua". Dikarenakan besarnya kegemaran
beliau mamakai parfum, maka keringat beliau tercium bau harum.
Pada lambung kiri al-Habib Umar ada warna hitam sebentuk cincin.
Al-Habib
Umar sebagai seorang Syeikh dan Murabbi
Al-Habib Umar adalah seorang Syeikh, seorang murabbi dan seorang da'i kepada
Allah di dalam tindak-tanduknya dan tutur katanya. Al-Habib Umar pernah
berkata: "Ketika aku ditawari menjadi seorang da'i, maka aku menolaknya
dengan berbagai alasan". Kemudian dikatakan kepadaku: "Kami akan
menjadikan bagimu seorang pendamping dan membantu yang akan mendampingimu
untuk menunaikan tugasmu", seraya menunjuk kepada Syeikh Ali Baras.
Maka aku menerima tugas itu dan Syeikh Ali Baras akan membantuku dan mendukungku".
Al-Habib Umar berkata: "Sesungguhnya sumber-sumber untuk mendapatkan
cahaya Allah tidak berkurang sedikitpun bagi generasi yang ada di akhir
masa, akan tetapi mereka datang membawa bejana-bejana yang berlubang".
Pada awal mulanya, Syeikh Ali Baras sibuk membantu al-Habib Umar dalam menyampaikan
dakwahnya. Pada suatu hari ketika Syeikh Ali Baras duduk di sisi al-Habib
Umar, maka beliau bertanya kepadanya: "Buku apa yang ada padamu?"
kata Syeikh Ali Baras: "Buku yang ada di tanganku adalah Bidayatul
Hidayah". Kata al-Habib Umar: "Bacalah buku itu". Maka Syeikh
Ali Baras membaca dengan khutbahnya. Selanjutnya, al-Habib Umar berkata
kepada Syeikh Ali Baras: "Berhentilah sampai di situ, aku telah memberimu
ijazahdi bidang Syari'at, Tareqat dan Hakekat, ini adalah ijazah yang diberikan
bertepatan pada saat terkabulnya semua do'a".
Habib Isa ibnu Muhammad al-Habsyi berkata: "Biasanya jika ada seorang
datang dengan niat yang baik kepada al-Habib Umar, maka beliau akan menerima
segala pengaduannya serta menghormatnya dengan menampakkan keramatnya, sifat-sifat
mulia seperti ini iaitu niat yang baik dan keyakinan yang kuat jarang dimiliki
oleh tamu-tamu yang lain dan kekeramatan beliau jarang dilihat orang kecuali
seorang yang benar-benar ta'at, bagus niatnya dan kuat aqidahnya".
Syeikh Ali Baras pernah berkata kepada al-Habib Umar: "Meskipun engkau
sering mengunjungi Wadi 'Amed dan desa-desa lainnya, tetapi anehnya tidak
banyak yang mendapat petunjuk dengan sebenarnya dari engkau, padahal aku
yakin bahawa jika seorang fakir bertemu dengan engkau pasti ia akan menjadi
muslim". Jawab al-Habib Umar: "Andaikata aku bertemu dengan seorang
yang hatinya seperti engkau, tentunya aku dapat menyampaikan ia kepada Allah
di dalam waktu yang paling singkat, akan tetapi aku mendapati orang-orang
yang hanya membicarakan: "Habib akan pergi, habib akan datang".
Dengan kata lain tidak mempunyai persiapan dan keyakinan kepada beliau".
Disebutkan bahawa pada suatu hari ada seorang murid datang kepada beliau
dengan niat untuk memohon keputusan dari beliau. Sebelum murid itu menyampaikan
kepada beliau apa yang yang ada di hatinya, maka dengan cara kasyaf beliau
menjawab apa yang akan ditanyakan oleh murid tersebut: "Wahai orang
yang kebanyakan manusia meninggalkan apa yang semestinya harus ia lakukan,
tidak seorangpun yang datang kepadaku kecuali ingin menanyakan tentang masalah-masalah
duniawi seperti meminta hujan, menginginkan anak atau meminta pendapat,
padahal setiap murid yang datang kepadaku dengan niat yang baik untuk mendapatkan
masalah-masalah yang mulia, pasti ia akan mendapatkan kebajikan yang ia
inginkan".
Ada seorang sholeh dari penduduk sebuah desa Hadzyah yang bernama Ahmad
ibnu Abdillah Bajusair, ia seorang guru ngaji bagi anak-anak kecil. Biasanya
jika penduduk desa Syibam berziarah ke tempat al-Habib Umar al-Attas, maka
mereka singgah di desa Hadzyah dan akan melewati rumah guru ngaji ini, demikian
pula jika mereka pulang dari tempat beliau. Pada suatu kali, guru itu berkata
kepada salah seorang yang didekatnya: "Aku lihat penduduk Syibam yang
pergi ke tempat al-Habib Umar dalam keadaan wajah tertentu, dan mereka pulang
dengan wajah yang berlainan dari wajah yang sebelumnya. Mengapa demikian?"
Ketika ucapan guru ngaji itu disampaikan kepada al-Habib Umar, maka beliau
berkata: "Katakanlah kepadanya, adakalanya manusia tugasnya sebagai
guru ngaji seperti kamu, adakalanya seorang pendidik, apakah dia tidak mengerti
bahawa saya seperti buaya, telurnya di darat dan ia tetap berada di laut
dan memelihara telurnya cukup dengan pandangan".
Al-Habib Ahmad ibnu Hasyim al-Habsyi berkata: "Dulunya aku dan as-Sayid
Abdullah al-Haddad sering berkunjung kepada al-Habib Umar al-Attas, tidak
lama, maka al-Habib Abdullah mendapat pancaran Ilahi (Futuh) sebelum aku
mendapatkannya, sehingga minatku kepada beliau berkurang. Ketika aku adukan
keadaanku kepada Habib Umar, maka beliau menghadap kepadaku dan mendo'akanku
untuk mendapatkan seperti yang didapati al-Habib Abdullah al-Haddad. Maka
sejak saat itu akupun mendapat pancaran Ilahi.
Al-Habib Abdurrahman ibnu al-Habib Umar al-Attas berkata: "Ketika aku
keluar dari desa Ahrum, maka aku bertemu dengan seorang Darwisy yang sedang
mengembara. Waktu itu ia hendak menyeberang jalan. Ketika aku memberi salam
kepadanya, maka ia berkata, selamat datang wahai fulan. Ia menyebut namaku
dan ia menunjukkan kegembiraannya bersamaku meskipun aku belum pernah bertemu
dengannya pada waktu sebelumnya. Aku bertanya kepadanya, bagaimana engkau
tahu namaku, padahal engkau belum pernah berkenalan denganku?" Jawab
orang itu: "Bagaimana aku tidak mengenalmu, pada hal engkau adalah
putera guru kami, al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas. Sesungguhnya ayahmu
sering datang ke negeri kami secara ghaib dan nama beliau lebih dikenal
di tempat kami daripada di tempat kamu".
Habib Ahmad ibnu Hussein ibnu Umar berkata: "Aku pernah diberitahu
oleh seorang yang aku tidak ragu akan kejujurannya bahwa ia pernah bertemu
dengan seorang Darwisy dari negeri Sind di Afrika yang berkata: "Sesungguhnya
al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas sering berkunjung ke negeri kami
di Sind untuk mengajari kami Tasawwuf dan ilmu Tareqat dan beliau banyak
dikenal di negeri kami".
Syeikh Abdullah ibnu Abdurrahman Ba'ubad menuturkan bahawa ketika ia bersama
Syeikh Ali Baras dan tiga belas orang sahabatnya datang ke tempat al-Habib
Umar, maka yang pertama aku lihat adalah sinar wajah beliau yang amat cemerlang,
sehingga aku tidak ingat lagi akan kehadiranku, sebab aku lihat diri beliau
bagaikan mutiara yang berwarna putih cemerlang, dan wajah beliau memancarkan
sinar yang terang, maka timbul keinginanku untuk tidak akan berpisah dari
beliau sepanjang hidupku. Kami sempat menetap di tempat beliau selama beberapa
hari. Ketika beliau memberi izin kami untuk pulang ke desa kami, maka beliau
berkata kepadaku: "Wahai puteraku, tempat dan sumber mata air serta
perjalanan hanya ada satu macam, barang siapa yang ingin memisahkan antara
aku dari Syeikh Ali Baras, maka ia tidak akan mendapat untung".
Al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad berkata: "Ketika aku mengunjungi
al-Habib Umar al-Attas, maka aku lihat pada diri beliau, adanya sifat-sifat
yang terdapat pada para sesepuh beliau hingga pada diri Nabi SAW".
Habib Isa ibnu Muhammad al-Habsyi dan para arif billah lainnya, banyak menuturkan
bahawa keadaan peribadi al-Habib Umar al-Attas dan tindak lanjutnya jauh
berbeda dengan para tokoh wali lainnya. Meskipun keadaan dan kedudukan beliau
sangat tinggi, namun beliau lebih senang untuk rendah diri, lemah lembut,
ramah tamah kepada semua orang dan akhlak yang sangat tinggi di mana sangat
sedikit sekali orang berakhlak seperti beliau.
Ketika menyebutkan sifat al-Habib Umar, Habib Ahmad ibnu Zein al-Habsyi
berkata: "Banyak orang dari kawan-kawan beliau yang menerima kebajikan
dari al-Habib Umar, banyak orang yang menjadi murid beliau dan banyak pula
yang menerima talkin dzikir dan menerima khirqoh dari beliau".
Kitab-kitab
yang dipesankan oleh Habib Umar al-Attas untuk dipelajari
+
Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan. Habib Umar selalu
menyuruh anak-anak kita untuk menghafal nadzom kitab Zubad.
+ Bidaayatul Hidaayah karya
tulis Imam Ghozali. Syeikh Ali Baras pernah membaca mukadimah kitab Bidaayatul
Hidaayah di hadapan Habib Umar, kemudian beliau memberi ijazah bagi Syeikh
Ali Baras sehingga Allah membuka cabang-cabang ma'rifat baginya.
+ Al Minhaaj karya tulis Imam
Nawawi. Syeikh Abdullah ibnu Umar Ba'ubaid berkata: "Ketika aku berkunjung
ke tempat Habib Umar, beliau berkata kepadaku: "Aku pernah membaca
kitab al-Irsyad, karya tulis Syeikh Ismail al-Muqri". Maka beliau berkata
kepada Syeikh Ali Baras: "Wahai Ali, bacakan kepadanya kitab al-Minhaaj,
karya tulis Imam Nawawi dan bacakan juga kitab itu kepada kawan-kawanmu,
kerana kitab tersebut membawa berkat dan memberi futuh, Insya-Allah, sebab
penyusunnya seorang Wali Qutub dan ia berdo'a bagi setiap pembacanya, semoga
diberi barakah".
+ Ar Risalah karya tulis Imam
Qusyairi dan Awarifu al-Ma'arif
karya tulis Imam al-Saharwurdi. Al-Habib Umar al-Attas selalu membaca kedua
kitab itu ke mana saja beliau pergi. Kata beliau: "Ar Risalah dan al-Awarif
dan kitab-kitab sepertinya sangat pentinguntuk dibaca, sebab keduanya termasuk
pemasok santapan rohani bagi paraahli Tasawwuf".
Kewara'kan
al-Habib Umar al-Attas
Beliau
dikenal sangat wara'. Beliau tak mau pernah menerimapemberian apapun dari
kaum penguasa, tidak pernah mau diajak makan minum, sampaipun sekedar minum
kopi bersama kaum penguasa, bahkan beliau menolak arang bakar yang datangnya
dari kaum penguasa. Kisah penolakkannya terhadap pemberian Sultan Badar
ibnu Abdillah al-Katsiri ketika datang mengunjungi beliau, kelak akan saya
sebutkan dalam fasal tersendiri.
Beliau
tidak mau makan dari pemberian orang-orang yang berbisnes dengan cara riba'.
Pada
suatu kunjungan beliau di Wadi Amed, maka beliau dipersilakan singgah di
rumah seorang dari keluarga Basulaib, sedangkan mereka tidak mau memberikan
bagian waris bagi anak-anak perempuan, maka belai menolak untuk singgah
dan beliau berkata: "Bagaimana aku akan singgah di rumah seorang yang
tidak mau memberikan waris bagi anak-anak perempuannya? Padahal Allah menyuruh
memberikannya dalam al-Quran, Allah berfirman:

"Allah
mensyari'atkan bagimu tentang pembagian waris untuk anak-anakmu, iaitu bagian
seorang anak lelaki sama dengan bagian dua anak perempuan".
Kata lelaki itu: "Mulai dari saat ini, aku akan memberikan waris bagi
anak-anak perempuanku".
Maka Habib Umar mau singgah di rumah orang itu dan beliau berdo'a bagi keluarga
orang itu, sehingga mereka diberi barokah dan kebahagiaan hidup".
Pada suatu kali ketika beliau berkunjung ke rumah seorang dari keluarga
Basuwaid yang ada di desa Anaq. Maka beliau disambut dengan sambutan yang
luar biasa, dan beliau diberi labu. Beliau bertanya: "Dari mana engkau
peroleh buah labu ini?" Jawab orang itu: "Aku memetiknya dari
sebuah kebun milik wakaf". Katanya beliau: "Kalau begitu, kita
tidak diperbolehkan makan dari kebun yang telah diwakafkan, sebab kebun
yang telah diwakafkan itu adalah milik semua orang Islam". Kata orang
itu: "Mulai sekarang aku tak mau lagi makan dari hasil kebun yang telah
diwakafkan, lalu bagaimana hasil-hasilnya yang telah aku makan di masa-masa
sebelumnya?" Kata Habib Umar: "Untuk menebus dosanya yang lalu,
maka rawatlah kebun itu, kemudian bagikan hasilnya bagi kaum muslimin".
Maka sejak saat itu, kebun yang telah diwakafkan itu mulai sebaik mungkin".
Habib Umar tidak mau menerima harta wasiat dari seorang kecuali bila beliau
telah memperjelaskan benar-benar tentang redhanya ahli warisnya. Pada suatu
kali ada seorang wanita yang mewasiatkan sebagian dari perhiasannya senilai
tiga Uqiyah. Ketika wanita pemilik harta itu wafat, maka harta yang diwasiatkan
itu diberikan kepada beliau, tetapi beliau tidak mau menerimanya sampai
setelah memperjelas redha ahli warisnya tentang harta wasiat itu".
Disebutkan oleh Syeikh Ali ibnu Salim al-Junaid, bahwa ayahnya yang bernama
Salim pernah meminjam seekor keldai buat kenderaan bagi perjalanan habib
Umar yang akan pergi ke desa Lahrum. Anehnya, sesampai di tengah perjalanan,
keldai itu berhenti dan duduk di padang pasir, padahal waktu itu udaranya
amat panas. Kata Syeikh Salim: "Hampir aku pukul keldai ini, tetapi
beliau melarangku seraya berkata bahwa pemilik keldai ini tidak mau keldainya
dipukul". Kemudian beliau berkata: "Peganglah kepalanya dan aku
akan membantumu, agar ia berjalan". Demikian pula ketika keldai itu
mogok kembali, maka Salim hendak memukulnya, tetapi beliau menolaknya, dan
beliau membantunya agar ia mau berjalan".
Dan jika telah masuk waktu solat berjamaah, sedangkan imam masjid ada didekat
beliau, maka beliau mengusirnya seraya berkata: "Pergilah engkau untuk
menjadi imam, tidak dihalalkan anda duduk di sini, bila waktu tugas anda
sebagai imam telah tiba".
Rasa
tawadhu' al-Habib Umar al-Attas
Al-Habib Abdullah ibnu Alawi al-Haddad berkata: "Itu orang (al-Habib
Umar) yang pepohonnya ditanam atas dasar tawadhu' dan lemah lembut, sehingga
tangkai-tangkainya seperti itu juga". Hal itu menunjukkan kedua sifat
budi pekerti beliau.
Al-Habib Abdullah ibnu Alawi al-Haddad berkata: "Ketika kami berkunjung
ke desa Huraidzah ke tempat Habib Umar, kami melihat Habib Umar bersikap
amat tawadhu', tidak seorangpun dari orang-orang besar yang dapat mengikuti
perangai beliau seperti itu. Begitu tawadhu'nya perangai beliau, meskipun
tingginya kedudukan beliau, samapi beliau tidak dapat dibezakan dengan kawan-kawan
duduknya yang lain. Di tengah majlisnya, beliau tidak duduk di tempat yang
khusus, tidak pakai pakaian khusus, sehingga beliau tidak berbeza dengan
kawan-kawan duduk yang lain. Bila bangun kerana ada hajat dan tempat duduknya
ditempati orang lain, belaiu tidak marah dan tidak menyuruh orang itu untuk
pindah, bahkan beliau duduk di tempat lain, sampai aku pernah berkata: "Alangkah
tidak sopannya kalian terhadap Imam ini".
Pada suatu kali, penduduk Syibam berebutan untuk berjabat tangan dengan
beliau, ada seorang yang ketika itu melihat kesederhanaan pakaian Habib
Umar dan ketawadhu'annya, maka ia berkata: "Seorang yang seperti ini,
kami di Tarim tidak mengajak berjabat tangan dengannya". Ketika ucapan
itu didengar oleh Habib Umar, maka beliau berkata: "Memang pantas ucapannya
itu, sebab yang ada di Tarim hanyalah orang-orang yang wajah-wajahnya bagaikan
bulan". Beliau mengulang-ulang berkali-kali.
Pada suatu hari ketika orang-orang datang ke tempat Habib Umar untuk mengucapkan
selamat atas lahirnya seorang anak beliau, sedangkan dari penduduk kota
itu tidak ada yang datang, mereka adalah orang-orang yang berwatak keras
dan meninggalkan solat berjamaah dan Jum'at, maka ada seorang dari penduduk
desa itu yang mendengar bahawa Habib Umar mempunyai anak, lalu dia mengatakan
keldaiku mempunyai anak, suatu ucapan yang mengejek dan sangat tidak pantas.
Mendengar ejekan orang itu, Habib Umar tidak marah, bahkan Habib Umar mendatangi
rumah orang itu dengan tujuh kawan beliau. Kedatangan beliau menjadikan
orang itu amat bergembira, sehingga ia menjadi amat kagum terhadap lemah
lembut budi pekerti beliau. Kunjungan Habib Umar itu di pagi hari Jum'at.
Ketika Habib Umar hendak keluar, maka beliau bertanya kepada orang itu dan
kawan-kawannya yang tidak mau menghadiri solat Jum'at: "Mengapa kalian
tidak menghadiri solat Jum'at, padahal mempunyai pakaian-pakaian yang bagus
dan harum baunya?" Jawab mereka: "Apakah kami boleh menghadiri
solat Jum'at dengan memakai pakaian-pakaian yang bagus dan harum?"
Jawab Habib Umar: "Boleh". Maka mereka keluar bersama-sama untuk
menghadiri solat Jum'at dengan perasaan gembira dan puas karena akhlak dan
perilaku Habib Umar.
Kedermamawan
al-Habib Umar al-Attas
Habib Umar al-Attas dikenal sebagai seorang yang amat murah tangan, sehingga
rumahnya selalu dibanjiri segala lapisan masyarakat yang membutuhkan bantuan
beliau. Kedermawan Habib Umar tidak pernah membezakan orang, semua orang
disamakan pelayanannya, baik dia orang yang fakir atau pejabat tinggi. Habib
Umar sangat peduli untuk memberi makan orang-orang, sehingga menyuruh pembantu-pembantunya
untuk menyimpan sebagian hasil panen buat nanti bila datang musim paceklik.
Sehingga kalau ada orang-orang yang membutuhkan pertolongan, pasti kebutuhan
mereka dapat terpenuhi. Meskipun besarnya kedermawan Habib Umar, tetapi
beliau tidak pernah menyombongkan diri di depan orang-orang lemah. eliau
senantiasa memberi pelayanan kepada orang-orang lemah dengan penuh kasih
sayang, sehingga mereka tidak pernah rasa malu dengan beliau. Demikian pula,
Habib Umar tidak pernah memaksa diri dalam menjamu tamu-tamunya, adkalanya
tamunya orang miskin, beliau hidangkan daging bila beliau memilikinya. Adakalanya
tamunya penguasa, beliau hidangkan seadanya, bahkan beliau lebih mengutamakan
kaum lemah dari kaum penguasa. Hal itu terlihat pada perlakuan beliau terhadap
Sultan Badar ibnu Muhammad al-Katsiri. Yang demikian itu sengaja beliau
lakukan agar tidak terasa di hati Sultan bahwa beliau butuh bantuan dari
Sultan atau ingin mendekatkan diri kepadanya.
Adakalanya kalau ada orang-orang terpandang mengunjungi beliau, sedangkan
beliau tidak mempunyai hidangan yang pantas buat dihidangkan kepada mereka.
Tetapi beliau tidak segan mohon bantuan atau pinjaman untuk menyembelih
seekor kambing bagi tamu-tamunya yang terpandang itu, agar mereka tidak
kecewa bila penghormatannya atau hidangannya dirasa kurang cukup.
Al-Habib Umar sebagaimana yang diceritakan oleh putranya iaitu al-Habib
Abdullah selalu menyisakan atau menyimpan sebagian hasil panen tahunan untuk
musim paceklik, meskipun kebanyakan orang tidak memperhatikan hal ini. Karena
itu bila banyak orang-orang yang mohon bantuan bahan makanan di rumah beliau
jika musim paceklik tiba, maka hal itu tidak mengherankan sebab beliau telah
lama bersiap-siap menghadapi krisis pangan seperti itu. Di saat krisis pangan
sedang melanda kaumnya, maka beliau menolong orang-orang yang membutuhkan
bahan makanan. Di antara mereka, ada yang setiap saatnya diberi makan langsung
di rumah beliau, tetapi ada pula yang dikirim bahan pangan ke rumah-rumah
mereka, terutama bagi keluarga-keluarga yang tidak bisa mohon bantuan orang,
tetapi masa paceklik yang memaksa mereka untuk cari bantuan dan juga untuk
mempererat tali silaturahim.
Adakalanya, ada sejumlah tamu yang datang ke rumah beliau di akhir malam,
dan beliau menyambut mereka dengan ramah-tamah. Biasanya bila ada tamu di
akhir malam hari, beliau membangunkan isterinya untuk menyiapkan makan malam
buat tamu-tamu yang datang di akhir malam, adakalanya beliau menyimpan sebagian
makan malamnya, persiapan barangkali ada tamu yang datang. Biasanya jika
bahan makanan pokok menipis, maka beliau dan keluarganya tidak mau makan
bahan pokok. Beliau dan keluarganya memilih bahan pangan pengganti, sedang
bahan pangan yang pokok diberikan bagi orang lain yang membutuhkannya, terutama
bagi para tamu yang datang ke rumah beliau. Kalau bahan pangan pokok benar-benar
habis, maka beliau berikan bahan pangan berupa apa saja tanpa malu.
Habib
Umar tidak senang menonjolkan diri
Habib
Umar dikenal sebagai seorang yang selalu merahsiakan keistimewaan-keistimewaannya
dan ketekunan beribadahnya. Demikian pula, Habib Umar selalu mewasiatkan
hal itu bagi murid-muridnya.
Habib
Umar suka mengasingkan diri dari masyarakatnya. Kata beliau:
![]()
"Menonjolkan
diri merupakan penyakit yang tidak ada ubatnya".
Seorang murid beliau pernah melihat Habib Umar duduk di tempat solatnya
secara tersendiri. Ketika beliau ditanya: "Mengapa beliau mengasingkan
diri?" Kata beliau: "Aku mengasingkan diri sebab orang-orang itu
selalu mendekati aku".
Habib Ali bin Hasan al-Attas meriwayatkan bahawa Thabarani menyebutkan bahawa
Anas r.a berkata: "Aku datang ke tempat Rasulullah SAW dan aku dapatkan
beliau mendorongkan sesuatu dengan kedua tangannya". Aku berkata: "Wahai
Rasulullah, kiranya apa yang tadi engkau dorongkan dengan kedua tangannya
ini?" Sabda beliau: "Tadi aku didatangi dunia maka aku mengusirnya
dariku".
Salah satu dari tanda ketidaksenangan Habib Umar untuk menampilkan diri
dan tanda lemah lembutnya adalah jika beliau mengunjungi suatu desa dan
beliau tinggal di desa itu selama tiga hari atau lebih atau kurang dari
jumlah itu, tetapi kedatngan beliau itu hampir tidak diketahui oleh penduduk
desa yang beliau kunjungi, kecuali hanya si pemilik rumah yang beliau singgahi
dan tetangga-tetangga dekatnya. Pada umumnya beliau suka berjalan di saat
panas matahari atau di waktu tengahari yang sangat panas, dan beliau tidak
senang ditemani orang lain, kecuali pembantunya. Jika beliau tiba di suatu
desa, maka beliau sengaja memilih singgah di suatu rumah yang tidak akan
dikenal orang banyak.
Gerakan
dakwah al-Habib Umar al-Attas
Habib
Umar pernah berkata:"Ketika aku diminta untuk bergerak di bidang da'wah,
maka aku mengajukan berbagai alasan untuk menerangkan ketidakmampuan melakukannya".
Maka diberitahukan kepadaku: "Kami akan mendukungmu dalam melaksanakan
tugas da'wah ini dengan seorang yang amat mampu untuk melaksanakan tugas
ini. Kemudian Syeikh Ali Baras diperbantukan kepadaku".
Dikarenakan
seringnya perjalanan yang beliau lakukan untuk berda'wah dan mendamaikan
orang, sampai beliau mengatakan: "Dikarenakan banyaknya perjalanan
yang aku lakukan untuk berda'wah, sampai aku menjadi orang pendatang (asing)
sampai kewajipan solat Jum'at tidak diwajibkan bagiku". Karena beliau
selalu dalam keadaan musafir.
Al-Habib
Abdullah al-Haddad berkata: "Sebenarnya kami ingin mengunjungi makam-makam
dan negeri-negeri, akan tetapi kami terhalangi oleh kecintaan dan ketergantungan
manusia kepada kami. Kami ingin sekali seperti Habib Umar ibnu Abdurrahman
al-Attas, karena beliau banyak berkunjung ke berbagai tempat, untuk berda'wah
dengan tidak ditemani orang lain.
Al-Habib
Abdullah al-Haddad berkata juga: "Pada tahun 1071 H, tepatnya hari
Isnin tanggal 21 Jamadil Akhir, ketika kami berkunjung ke tempat al-Habib
Umar al-Attas, maka kami meminta untuk berdua dengan beliau tanpa diikuti
orang lain. Ketika permintaanku itu dikabulkan oleh Habib Umar dan beliau
merestui dengan segala yang aku lakukan, beliau menganjurkan aku untuk berdakwah
secara khusus atau umum tanpa peduli ucapan orang banyak".
Habib
Umar selalu giat berda'wah, menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar
dengan cara yang lemah lembut, dan bersifat mengayomi orang, sehingga banyak
orang yang suka dan cinta dengan beliau. Tidak sedikit orang-orang yang
membangkang dan berbuat dosa terpengaruh oleh lemah lembutnya da'wah beliau,
sehingga mereka bertaubat dan menjadi orang-orang yang taat kepada Allah.
Beliau menggalakkan menghadiri solat berjamaah dan solat Jum'at. Selain
itu, berbagai cabang-cabang amal-amal soleh pun digalakkan di tengah masyarakatnya.
Pada waktu beliau sampai di desa Huraidzah untuk pertama kalinya, beliau
dapati masyarakatnya banyak yang bodoh, membangkang, kasar, tidak suka tolong-menolong
dan tidak mau berjamaah dan berjum'atan. Dengan tekun Habib Umar mengajak
mereka ke jalan Allah. Habib Umar tidak pernah memaksa orang untuk berbuat
baik, tetapi merayu mereka dengan cara-cara yang menarik, sehingga akhirnya
penduduk desa Huraidzah menjadi manusia-manusia yang berbudi pekerti halus
dan ramah-tamah.
Salah
satu dari cara-cara menarik yang dipakai Habib Umar dalam menarik hati masyarakatnya
adalah sering mengunjungi rumah-rumah mereka dan bercengkramah di rumah-rumah
mereka, sampai mereka cinta dengan cara yang dipakai leh beliau. Meskipun
demikian, beliau tidak segan menasihati mereka bila ada perbuatan-perbuatan
terlarang yang dilakukan oleh mereka, misalnya cerita yang tertera di atas
akan nasihat yang beliau berikan kepada seorang Basuid yang menyuguhkan
buah labu yang timbul di kebun milik wakaf. Termasuk juga lemah lembut beliau
terhadap orang yang mengatakan keldaiku juga mempunyai anak, sewaktu orang-orang
mengucapkan selamat atas lahirnya anak beliau, yang mana mereka tidak mau
melakukan solat Jum'at. Sampai mereka mau menghadiri solat Jum'at dan mereka
tertarik dengan cara-cara yang menarik dari Habib Umar.
Terhadap
orang-orang yang terang-terangan menentang hukum Allah, maka beliau bersifat
kasar terhadap mereka. Di antaranya adalah beliau tidak mau singgah ke rumah
seorang dari keluarga Bashalib yang tidak mau memberikan waris bagi putri-putri
mereka: "Ketika mereka bertanya, maka beliau berkata: "Bagaimana
aku mau akan berkunjung ke rumah seorang yang tidak mau memberi hak waris
bagi putri-putrinya?" Maka dengan ketegasan Habib Umar itu, mereka
menyatakan taubatnya, dan akhirnya beliau mau mengunjungi rumah mereka.
Sedangkan
terhadap orang-orang yang tidak ada gunanya dengan cara-cara yang lemah
lembut, maa beliau bersifat kasar dan marah yang sangat marah. Hal itu dinampakkannya
seperti tidak mau memasuki rumah mereka, tidak mau menghadiri undangan mereka,
sehingga banyak yang bertaubat di tangan beliau.
Disebutkan
juga bahwa Habib Umar pernah menola makan hidangan yang dihidangkan di rumah
seorang yang tidak memisahkan antara harta dari hasil yang halal maupun
yang haram, khususnya dari harta hasil riba'. Disebutkan bahwa pada suatu
hari, Habib Umar diundang makan di suatu rumah yang pemiliknya sedikit banyak
suka makan harta hasil riba'. Ketika hidangan makanan telah disuguhkan dan
para tamu termasuk Habib Umar dan Syeikh Ali Baras dipersilakan makan. Ketika
itu Habib Umar merasa bahawa hidangan itu ada undur haramnya. Maka beliau
memberitahukan kepada Syeikh Ali Baras tentang hal itu. Kemudian keduanya
meninggalkan jamuan makan tanpa menyantap sesuap pun dari makanan yang dihidangkan
itu sehingga pemilik rumah bertanya-tanya tentang sebabnya. Kata Habib Umar:
"Dalam hidanganmu ada harta yang tidak halal". Maka si pemilik
rumah menangis dan berkata: "Kalau orang-orang yang baik tidak mau
makan makananku, maka aku adalah orang yang paling jelek". Lalu menyatakan
taubatnya di hadapan Habib Umar dan ia berjanji tidak akan memungut harta
dari hasil riba' lagi.
Disebutkan
bahawa pada suatu hari Habib Umar menghadiri majlis ta'lim Habib Aqil, saudara
beliau, sepulangnya dari ziarah ayahnya. Ketika itu ada seorang yang kaya
yang suka menerima harta riba' memberi suguhan kopi susu kepada para jamaah.
Ketika Habib Umar merasa bahawa dalam kopi yang disuguhkan itu ada unsur
haramnya maka beliau berkata: "Angkatlah kopimu, kami tidak dapat meminumnya
sebab engkau suka menerima harta riba'". Habib Umar sangat marah terhadap
orang itu maka lelaki itu berdiri sambil marah dan nenentang Habib Umar
sehingga Habib Umar berdoa bagi orang itu. Denga izin Allah, lelaki itu
sakit dan mati tidak lama setelah itu. Kata Habib Ali bin Hasan al-Attas:
"Karena lelaki itu menampakkan diri menentang Allah dari dua sisi,
yang satu dengan harta riba' yang ia makan. Allah berfirman:
![]()
"Maka
ketahuilah Allah dan Rasulnya akan memerangimu"
Dan karena ia menentang wali Allah, seperti yang disebutkan dalam hadis
Qudsi:
![]()
"Seorang yang menentang wali-Ku maka Aku akan memeranginya"
Di akhir usianya ketika Habib Umar solat Jum'at di desa Nafhun, beliau duduk
di pintu masjid. Maka beliau memberikan mauidhoh hasanah dan memperingatkan
hadirin dari seksa Allah karena itu mereka diminta meningkatkan frekuensi
ibadah mereka dan ketaqwaan mereka dan melarang dari apa yang menyebabkan
kemurkaan Allah. Setelah itu beliau berkata: "Apakah aku telah menyampaikan
pesan-pesan Allah ini?" Jawab para hadirin: "Ya". Maka beliau
berkata: "Ya Allah, saksikanlah kesaksian mereka".
Di saat itu ada seorang murid beliau yang bernama Syeikh Abdul Kabir Baqais
yang berkata: "Seolah-olah Habib Umar memberikan nasihat yang terakhir".
Habib
Umar gemar mendamaikan orang yang berselisih
Habib Umar al-Attas suka mendamaikan orang-orang yang sedang berselisih
demi untuk menjalankan ajaran Allah yang pernah disebutkan Allah dalam firmannya:

"Tiada
kebaikan dalam sebagian besar bisik-bisik kalian kecuali seorang yang menyuruh
bersedekah dan menyuruh berbuat kebajikan atau mendamaikan di antara manusia
yang berselisih. Barang siapa yang mengerjakan hal itu karena berharap redha
Allah, maka akan kami berikan pahala yang besar"
Disebutkan bahawa suatu hari beliau mendamaikan di anatara dua suku Kabilah
Arab yang sedang bersengketa. Maka masing-masing suku berkeras kepala, sehingga
beliau bertanya kepada mereka: "Bagaimanakah pendapat kalian bila seseorang
di antara kalian berada di suatu lembah, bisakah ia menjadikan lembah itu
makmur atau bisakah ia menggali sumur seorang diri atau menolak serangan
musih seorang diri?"
Jawab kedua suku itu: "Tidak bisa". Jawab Habib Umar: "Karena
itu bersatulah kalian semua agar dapat menyelesaikan segala persoalan secara
bersama". Berkat nasihat Habib Umar itu, maka mereka bersatu kembali
dan saling memaafkan".
Dikisahkan oleh Syeikh Muhammad Ibnu Abdil Kabir Baqais: "Pada suatu
kali ketika Habib Umar menyeru perdamaian pada satu kabilah Arab dengan
lemah-lembut, maka mereka menolaknya dengan cara kasar sehingga beliau melemparkan
tasbihnya di antara mereka. Dengan kuasa Allah, tasbih itu berubah seakan-akan
menjadi ular besar yang merayap di antara mereka sehingga mencari perlindungan
di hadapan beliau. Maka mereka meminta maaf dari Habib Umar dan menerima
seruan perdamaian.
Disebutkan bahawa ada seorang yang berhutang dan si pemberi hutang mengadukan
masalah keduanya kepada Habib Umar. Akhirnya setelah keduanya didamaikan
oleh beliau, maka yang memberi hutang bersedia memaafkan sebagian hutangnya
asalkan yang berhutang mau melunasi sebagiannya. Anehnya setelah keduanya
keluar dari tempat Habib Umar, maka yang memberi hutang mengingkari perjanjian
tadi sehingga yang berhutang memberitahukan Habib Umar. Maka Habib Umar
marah pada si pemberi hutang seraya berkata: "Nanti engkau akan terkena
penyakit dan akan terkena sengatan api sebanyak bilangan wang yang engkau
ingkari janji kemudian akan menjadikan engkau mati". Nyatanya ucapan
Habib Umar itu dikabulkan Allah, akhirnya si pemberi hutang mati setelah
ia menderita sakit beberapa waktu.
Disebutkan juga bahawa sebagian penduduk desa Huraidzah dipaksa menyerahkan
tanah perkebunannya kepada kaum penguasa. Maka penduduk desa itu meminta
bantuan dari Habib Umar untuk memaksa kaum penguasa itu agar membatalkan
tuntutan mereka kepada penduduk Huraidzah. Ketika para penguasa mau menolak,
maka Habib Umar mengancamnya akan mendoakan bagi mereka, maka mereka terpaksa
membatalkan tuntutan mereka.
Disebutkan ada dua bersaudara pemilik kebun dari keluarga Ghanim yang berbuat
zalim kepada tetangganya tentang pengairan bagi kebunnya. Ketika kedua bersaudara
itu dilaporkan kepada Habib Umar, maka keduanya dinasihati agar memberikan
hak tetangganya, tetapi keduanya menolak bahkan menentang Habib Umar dengan
penuh kurang ajar sehingga Habib Umar berkata pada mereka: "Kalian
akan kami masukkan ke dalam lautan yang tiada bertepi". Akibat ucapan
Habib Umar itu, maka salah satu dari kedua bersaudara itu ada yang berubah
akalnya sehingga ia menyerang saudaranya, dan saudaranya ikut tak sadar
sehingga keduanya saling hunus senjata tajam, akhirnya keduanya saling menikam
hingga keduanya mati secara tidak terhormat.
Habib
Umar selalu berfikiran positif
Dikenal oleh banyak orang bahawa Habib Umar selalu berfikiran positif dan
pendapatnya dapat dijadikan petunjuk yang baik. Beliau melihat dengan mata
hati. Karena itu banyak orang yang selalu mohon pendapat beliau. Bagi yang
mengikuti pendapat dan kebijaksanaan beliau, maka ia akan senang. Sebaliknya
bagi yang menyalahi pendapat beliau tidak sedikit yang menyesal dan rugi.
Di antara pendapat beliau yang memberi manfaat adalah pendapat yang beliau
berikan kepada Syeikh Muhammad ibnu Hussein al-Huraidhi untuk menghafal
al-Quran. Sedangkan ia telah lanjut usia lalu diterimanya maka ia diberi
kemudahan oleh Allah.
Di antara pula pendapat beliau bagi Syeikh Muhammad al-Amiri an-Nahdi untuk
menanam pohon kurma di salah satu tempat yang bernama Dhahirah, tetapi pendapat
Habib Umar itu dianggap lemah oleh sebagian orang. Untungnya Syeikh Muhammad
al-Amiri menjalankannya, sehingga ia berhasil mendapatkan untung besar.
Disebutkan bahawa Syeikh Abdullah ibnu Said Bamika, pemilik masjid al-Aredh
di kota Syibam termasuk salah satu dari orang-orang saleh yang gemar beribadah
dan menjalin persahabatan yang erat dengan Habib Umar. Syeikh termasuk orang
yang kaya, tetapi pada suatu masa kejayaannya menurun sampai ia jadi miskin.
Ketika ia mengadukan kepada Habib Umar, maka beliau memberi petunjuk untuk
melakukan suatu amal kebajikan. Syeikh Abdullah mengerti maksud petunjuk
beliau itu, sehingga ia menggali sebuah sumur dan ia membangun sebuah masjid
di tempat itu. Setelah itu, ia melaporkan apa yang ia lakukan kepada Habib
Umar. Dengan restu Habib Umar, maka kekayaan Syeikh Abdullah kembali seperti
sediakala.
Ketika penduduk Syibam bertanya kepada Habib Abdullah al-Haddad, mana yang
bagus solat di masjid Abdullah Bamika ataukah di masjid milik orang lain,
maka Habib Abdullah al-Haddad menganjurkan orang untuk solat di masjid Abdullah
Bamika sebab masjid tersebut dibangun atas petunjuk seorang wali Allah,
iaitu Habib Umar al-Attas.
Disebutkan juga bahawa ketika sebagian dari penduduk dari suku Nahdi datang
kepada Habib Umar tentang lamanyamusim panas di desa mereka, sampai kebun-kebun
kurma mereka banyak yang kering. Habib Umar menganjurkan mereka untuk menetap
bersabar di desa mereka, mereka dilarang untuk pindah ke tempat lain, semoga
tidak lama Allah akan menurunkan hujan ke desa mereka. Akhirnya dengan mengikuti
petunjuk Habib Umar dengan tetap bersabar, maka tidak lama kemudian Allah
menurunkan air hujan bagi penduduk desa itu, sehingga pengairan bagi kebun-kebun
kurma mereka berjalan lancar lagi seperti sediakala.
Disebutkan bahawa Syeikh Umar bin Ahmad al-Hilabi al-Juaydi selalu berhubungan
erat dan yakin sepenuhnya kepada Ahbib Umar, dan tidak pernah menyalahi
pendapat beliau. Karena itu Habib Umar memohon kebaikan kepada Allah bagi
Syeikh Umar al-Hilabi dan bagi anak cucunya. Pada suatu kali ketika Syeikh
Umar ini singgah di tempat Habib Umar, maka ia disambut oleh beliau. Waktu
itu baru menjelang musim panen. Ketika ia minta izin untuk meninggalkan
tempat Habib Umar, maka beliau berkata: "Hai Umar, jika engkau sampai
di desamu, maka panenlah dan ambillah hasil pohon kurmamu".
Petunjuk Habib Umar itu dilaksanakan sebaik-baiknya oleh Syeikh Umar tanpa
ragu-ragu lagi karena kuatnya itikadnya terhadap Habib Umar, padahal bila
panen sekarang, maka hasilnya akan berkurang sampai penduduk desanya menegur
dengan keras, bahkan di antara mereka ada yang menganggap Syeikh Umar sudah
gila, untungnya ia tetap menghargai petunjuk Habib Umar.
Tidak lama kemudian ketika pasukan belalang menyerbu pohon-pohon kurma penduduk
desa itu, semua hasil yang akan dipanen oleh penduduk desa itu rosak sehingga
mereka menyesali nasib mereka karena tidak mendapat hasil panen kurma pada
musim panen itu, sedangkan Syeikh Umar telah memetik hasilnya sebelum pasukan
belalang menyerbu tanamannya. Maka mereka sadar akan rahasia petunjuk Habib
Umar dan faedah mengikuti pendapatnya.
Disebutkan bahawa putra Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Ahmad bin Afif
sering ke desa Huraidzah untuk mengunjungi Habib Umar, karena ayah mereka
adalah kawan dekat Habib Umar.
Pada suatu kali, Syeikh Ma'ruf, putra Syeikh Abdullah menginap di rumah
Habib Umar sebelum beberapa hari, ia tidak mau ke tempat lain kecuali jika
sudah mendapat izin dari Habib Umar.
Suatu hari ketika Syeikh Ma'ruf minta izin akan pulang, maka Habib Umar
tidak mengizinkannya, setelah beberapa waktu ia minta pamit lagi, tetapi
Habib Umar menolaknya, tetapi ia minta secara berkali-kali agar ia diberi
izin. Setelah ia agak memaksa, maka Habib Umar berkata: "Kami menahan
anda untuk pulang agar anda terhindar dari tuduhan pencuria yang akan terjadi
dituduhkan penduduk desamu kepada saudara-saudaramu dan keluargamu".
Maka apa yang dikatakan oleh Habib Umar itu memang terjadi, sehingga Syeikh
Ma'ruf terhindar dari tuduhan pencurian. Tetapi tidak lamapun tuduhan pencurian
itu ditarik oleh penduduk desa Hajraian, karena pencuri yang sebenarnya
dapat segera ditangkap.
Pada suatu hari ketika beliau berkumpul dengan tokoh-tokoh masyarakat dari
kaumnya, maka beliau menasihati mereka untuk segera memperbaiki saluran-saluran
air yang dipergunakan untuk mengairi kebun kurma mereka. Nasihat Habib Umar
ini dilaksanakan oleh kaumnya meskipun bulan itu adalah bulan suci Ramadhan.
Kebetulan setelah mereka selesai mengerjakannya, mereka pulang, maka tidak
lama kemudian datang banjir, sehingga airnya melimpah ruah di tempat-tempat
penampungan air yang telah mereka perbaiki.
Disebutkan pula bahawa pada suatu hari musim panas dan di mana paceklik
yang luar biasa, tiba-tiba ada seorang lelaki yang sudah lanjut usia minta
izin untuk ke Yaman. Ia telah menyimpan bekal makanan di rumahnya, tidak
seorang pun yang tahu apa yang ia telah lakukan. Kata Habib Umar: "Mengapa
engkau sore ini akan melakukan perjalanan ke tempat yang amat jauh dan perjalanannya
pun amat berbahaya, padahal engkau masih menyimpan sejumlah bahan makanan
di tempat yang amat rahasia sehingga tidak seorangpun yang mengetahuinya
selain Allah".
Setelah mendengar nasihat dan pertanyaan dari Habib Umar, maka orang tua
itu mengurungkan niatnya. Tidak lama dari kejadian itu, maka ia sakit dan
wafat, sehingga sejumlah bahan makanan yang ia sembunyikan itu jadi hidangan
para pelawat jenazah orang tua itu.
Sikap Habib Umar tehadap
kaum penguasa
Habib Umar dikenal sebagai seorang yang tidak merasa takut terhadap kaum
penguasa. Beliau suka menasihati mereka meskipun nasihat beliau adakalanya
dirasakan pahit oleh kaum penguasa. Dan beliau selalu menolak pemberian
maupun hidangan mereka, sampaipun kayu bakar dari mereka beliau tidak mau
menggunakannya.
Pada suatu hari, ketika utusan Sultan Badar al-Katsiri memberitahu bahawa
Sultan Badar akan mengunjungi beliau di Huraidzah, maka beliau memberitahukan
bahawa beliau yang akan mendatangi Sultan di mana ia berada, karena itu
beliau minta akan Sultan tetap berada di mana ia sekarang berada. Kemudian
Habib Umar segera berangkat dan beliau menyuruh pelayannya untuk membawa
kopi, kayu bakar dan api, yang mana kopi itu untuk beliau minum di tempat
Sultan, sebab beliau tidak mau minum apapun dari milik Sultan atau milik
kaum penguasa.
Setelah beliau berhadapan dengan Sultan Badar, maka beliau memberinya nasihat-nasihat
yang berguna mengenai dunia dan akhiratnya. Pada saat itu, Sultan Badar
menyuruh pelayannya membuat kopi yang dicampur dengan madu dan diminta untuk
dihidangkan kepada Habib Umar dan rombongannya. Setelah dimasak dalam waktu
yang lama, maka Sultan menyuruh pembantunya untuk segera menyuguhkannya
ke hadapan Habib Umar. Ketika si pembantu melihat ke dalam tempat air yang
sedang dimasak, ia menjadi terkejut sebab di tempat air itu, air dan madunya
tidak ada sehingga ia segera melapor kepada Sultan Badar. Laporan dari si
pembantu itu menjadikan Sultan Badar menyadari bahawa Habib Umar sangat
tingi rasa wara'nya dan ia merasa bahawa air kopi itu habis dikarenakan
besarnya karomah beliau. Akhirnya Sultan Badar segera minta maaf kepada
Habib Umar. Kata Sultan Badar: "Mengapa anda sampai kami ajak minum
secangkir kopi dari kami saja anda tidak mau?" Jawab Habib Umar: "Memang,
kalau kami tidak menjaga diri, tentunya kami tak akan dapat berbuat seperti
itu".
Biasanya jika penguasa minta pendapat dari Habib Umar, maka beliau memberi
pendapat yang sejujurnya, walaupun pendapat beliau itu dirasa tidak menyenangkan
hatinya.
Disebutkan ketika ada seorang penguasa di Hadramaut berkata kepada Habib
Umar: "Kami selalu mengingatimu dan mengharap doamu wahai Habib Umar".
Jawab Habib Umar: "Kami tidak takut kalian akan terkena gangguan dari
warga barat dan timur, kecuali jika ada seorang yang teraniaya hak-haknya
yang berdoa, sebab doa orang yang teraniaya akan segera dikabulkan oleh
Allah. Di saat itu doaku tak dapat berguna bagi kalian".
Habib Umar al-Attas dikenal sebagai seorang yang tidak mau menerima pemberian
apapun bentuknya dari kaum penguasa. Meskipun demikian setiap hadiah yang
diberikan kepada Habib Umar maka beliau menerimanya dengan penuh karomah
selanjutnya beliau memberikannya lagi kepada yang memberinya dengan cara
yang penuh hormat sehingga yang memberi tidak merasa tersinggung atau disedekahkan
kepada fakir miskin.
Habib Umar sangat memperhatikan
kepada para pengikutnya yang mencintainya
Keterkaitan perasaan Habib Umar terhadap pengikut-pengikutnya yang mencintainya
amat besar. Tentang masalah ini banyak dikenal orang.
Di antaranya adalah sebagaimana yang dikisahkan oleh Syeikh Muhammad ibnu
Ahmad Bamasymus berikut ini: "Waktu aku masih kecil, aku sempat menempuh
perjalanan di padang pasir yang amat luas dan tandus bersama sekelompok
rombongan. Ketika kami tiba di suatu tempat yang tidak ada airnya, maka
kami merasa sangat haus, sehingga rombongan kami melarikan diri dan aku
ditinggalkan seorang diri di tengah padang pasir yang tandus tidak dapat
menyusul mereka. Kemudian tidak lama aku mendapatkan sebuah mata air sehingga
aku minum airnya dengan sepuas-puasnya. Aku kira mata air itu adalah mata
air lama yang biasa diambil airnya, kemudian aku melanjutkan perjalananku
dan aku mendapatkan orang-orang yang meninggalkan aku tadi sedang berebut
minum air di suatu mata air. Kemudian mereka merebahkan diri karena lelah
dan haus. Ketika mereka melihat aku datang maka mereka menyilahkan aku minum
di mata air itu, tetapi aku katakan bahawa aku telah minum di suatu mata
air yang tadi kalian telah melewatinya. Mereka merasa heran akan perkataanku
karena mereka merasa bahawa tidak mendapati mata air selain dari tempat
mereka berada di saat itu. Setelah aku dewasa, ketika aku bertemu dengan
Habib Umar, maka beliau bertanya kepadaku: "Wahai Muhammad, ingatkah
engkau ketika engkau berada di suatu tempat yang tandus dan engkau hampir
mati dari kehausan, maka engkau segera mendapati mata air dan engkau meminum
sepuas-puasnya?" Ucapan Habib Umar itu mengingatkan aku bahwa hal itu
suatu karomah dari beliau".
Disebutkan Syeikh Muhammad Bamasymus juga bahawa pada suatu hari ketika
kami dan Syeikh Ali Baras dan rombongannya berkunjung ke desa Habib Umar
di Huraidzah, maka beliau menyuruh kami untuk meneruskan perjalanan ke bagian
bawah Hadramaut. Ketika kami tiba di kota Tarim, aku menderita sakit hingga
tidak dapat mengikuti rombongan Syeikh Ali Baras. Lalu ia menyuruh , maka
sewaktu aku sampai di desa Dhibiy, bertambah keras sakitku sampai aku pengsan.
Di malam hari ketika aku dalam keadaan sakit-sakitan, aku mendengar Habib
Umar sedang berdehem di rumahnya di Huraidzah sedangkan aku sekarang di
Wadi Dhibi. Maka di saat itu hilanglah pengikutku dan kesihatanku telah
pulih kembali. Hal itu tidak lain dikarenakan kekeramatan beliau.
Dikisahkan oleh Syeikh Salim ibnu Abdul Qawi bahawa ayahnya yang bernama
Abdul Qawi bin Muhammad Baqais, bahawa pada suatu hari Syeikh Abdul Qawi
berjalan di suatu pergunungan bersama seorang kawannya. Ketika keduanya
akan naik ke atas, maka keduanya mencari jalan yang dilewati agar dapat
sampai ke atas. Singkat katanya, keduanya mendapati satu jalan sempit ke
arah atas. Jalan itu hanya dapat dilewati seorang saja. Ketika kawannya
naik lebih dahulu, tiba-tiba satu batu besar jatuh ke bawah. Kebetulan pada
waktu itu Syeikh Abdul Qawi sedang naik ke atas sehingga batu besar yang
melewati jalan yang sempit itu sehingga Syeikh Abdul Qawi merasa terancam
dan ia terkejut. Untung pada saat itu ia ingat kepada Habib Umar sehingga
ia berteriak memanggil nama Habib Umar al-Attas. Dengan izin Allah, maka
batu itu sudah berada di belakangnya sampai ia terhindar. Tentunya kejadian
itu adalah sebagai bukti adanya pertolongan Allah dan adanya kekeramatan
Habib Umar al-Attas.
Disebutkan bahawa Syeikh Salmin ibnu Umar dan kawan-kawannya pergi ke Yaman.
Mereka naik kuda. Syeikh Salmin dikenal sebagai penunggang yang mahir. Ketika
rombongan melewati suatu pantai, tiba-tiba kuda yang ditunggangi Syeikh
Salmin berjalan di tepi laut. Kebetulan di saat itu ada gelombang yang menerjang
kuda Syeikh Salmin, hingga kudanya Syeikh Salmin terseret ke tengah laut
sampai kawan-kawannya sangat menyesalkan keadaan kawannya yang terseret
ke tengah lautan itu. Mereka tidak dapat memberikan bantuan sedikitpun pada
Syeikh Salmin. Kebetulan Syeikh Salmin yang sedang menghadapi maut itu ingat
kepada Habib Umar sehingga ia berteriak menyebut nama Habib Umar dan ia
bernazar jika ia diselamatkan Allah dari bahaya maut itu, maka ia akan memberikan
harga kuda itu kepada Habib Umar. Dengan rahmat Allah, maka ia seolah-olah
diselamatkan oleh seseorang yang sedang naik seekor kuda. Setelah ia selamat,
maka ia menaiki kudanya yang tadi ikut terseret ke tengah lautan itu. Tidak
lamapun ia dapat mengejar kawan-kawannya hingga mereka tercengan dan merasa
gembira. Maka ia menceritakan apa saja yang ia dapati dan iapun memenuhi
nazarnya bagi Habib Umar.
Disebutkan juga bahawa Muhammad ibnu Hushin al-Huraidhi yang pernah diajarkan
oleh Habib Umar al-Attas untuk menghafalkan Al-Quran meskipun usia sudah
lanjut, dengan keyakinannya, maka ia melakukan anjuran Habib Umar dan akhirnya
ia dapat menghafal Al-Quran di luar kepala.
Pada suatu hari, Muhammmad ibnu Hushin al-Huraidhi ini bergadang bersama
teman-temannya. Kebetulan pada waktu itu sedang musim belalang yang merosak
tanaman. Mereka sepakat untuk membakar belalang mulai dari sarangnya yang
ada di suatu gua di tempat yang bernama Gorgodah sebelah utara desa Huraidzah.
Pada malam itu, mereka keluar dengan membawa api dan pelepah-pelepah pohon
kurma menuju gua yang dimaksud. Sesampainya di dalam gua dari obor seorang
di antara mereka menimbulkan api membara di tempat sekitarnya. Nampaknya
api itu dianggap remeh oleh mereka, karena itu mereka tidak memperdulikannya.
Setelah api makin membesar maka mereka tidak mendapat jalan keluar dari
gua itu sehingga mereka yakin bahawa mereka akan binasa. Maka di saat itu
mereka teringat terhadap Habib Umar, kemudian mereka memohon ampun kepada
Allah dengan bertawasul kepada Habib Umar. Maka dengan balas kasih Allah
salah satu dari celah gua itu terbuka sehingga terbentang jalan keluar bagi
mereka dari gua itu. Itula salah satu dari kesekian cerita dari kekeramatan
Habib Umar. Kata Habib Ali ibnu Hasan al-Attas: " Kisah yang dialami
Muhammad ibnu Hushin dan kawan-kawannya di dalam gua itu sangat mirip dengan
kisah 3 lelaki Bani Israel yang terjebak dalam gua seperti yang disebutkan
di dalam Hadith Bukhari". Bahkan keadaan ini lebih menakutkan.
Kasih sayang Habib Umar terhadap
binatang
Habib Umar amat sayang kepada binatang. Hal itu terlihat dari kejadian-kejadian
berikut ini. Disebutkan beliau bila masuk ke rumahnya, maka ia minta diambilkan
sejumlah makanan yang dimiliki keluarganya demi untuk keledainya yang baru
beliau tunggangi.
Disebutkan juga bahawa Habib Umar melarang Syeikh Salim al-Junaid untuk
memukul keledainya yang mogok di suatu tempat yang amat panas. Beliau suruh
Syeikh Salim untuk mengangkat leher keledainya dan Habib Umar ikut membantunya.
Meskipun keledainya itu mogok berkali-kali, tetapi Habib Umar tetap melarang
Syeikh Salim untuk memukulnya.
Pada suatu kali, ada seorang dari Lahrum yang membawa ternaknya dengan memukuli
ternaknya dengan keras. Maka ia datang kepada Habib Umar. Ketika ia hendak
berjabat tangan dengan Habib Umar, maka Habib Umar menolak berjabat tangan
dengannya. Jawab Habib Umar: "Aku tidak mau berjabat tangan denganmu
karena tanganku sakit". Maka orang tadi bertanya: "Karena apa?"
Jawab beliau: "Dari sakitnya pukulan tersebut ketika engkau memukuli
binatang-binatang ternakmu tadi". Ketika orang itu minta maaf kepada
Habib Umar maka beliau menasihatinya dengan keras agar ia tidak mengulangi
perbuatannya itu.
Gangguan-gangguan yang menimpa
Habib Umar al-Attas
Seorang yang mempunyai tugas sebagai Da'i sekaligus penegak kebenaran, maka
gangguan-gangguannya tidak sedikit, bahkan beliau mendengar seorang yang
berkata kepada beliau: "Alangkah enaknya anda wahai Habib Umar, sebab
seorang semacam anda tidak akan ada orang yang berani membenci anda".
Maka beliau berkata: "Katakan kalimat Lailaaha illallah sebanyak orang-orang
yang membenci Habib Umar". Hal ini menunjukkan akan banyaknya orang-orang
yang memusuhi beliau.
Orang-orang yang mengganggu dan menyakiti Habib Umar itu bukan sahaja dari
orang-orang luar, tapi dari orang dalam rumah beliau sendiri, iaitu dari
isteri beliau sendiri. Adapun ceritanya sebagai berikut:
Pada suatu malam anda serombongan tamu datang ke rumah Habib Umar. Maka
beliau membangunkan isterinya dan menyuruhnya membuatkan makanan malam bagi
tamu-tamu beliau, tetapi isteri beliau menolaknya. Habib Umar memintanya
dengan lemah lembut tetapi isteri beliau tetap menolaknya. Akhirnya Habib
Umar terpaksa keluar rumah tetangganya minta tolong agar isterinya memasak
buat makan malam tamu-tamu beliau. Maka isteri tetangga itu berkenan membuatkan
makan malam bagi tamu-tamu Habib Umar.
Yang menyakitkan Habib Umar tidak saja terjadi semasa Habib Umar masih hidup,
tetapi setelah beliau wafatpun, tidak sedikit yang menghasut dan mencaci-maki
beliau. Anehnya setelah orang-orang yang menghasut itu melihat kekeramatan
Habib Umar, maka baru mereka menyesal dan mengakui besarnya kekeramatan
beliau.
Isteri-isteri
Habib Umar al-Attas
Menurut berita yang dapat dipercaya disebutkan bahwa Habib Umar pernah menikah
dengan tiga belas orang wanita. Ada lapan wanita yang sempat memberi anak
bagi beliau, sedangkan yang lima orang tidak sempat memberi anak bagi beliau.
Adapun isteri-isteri beliau yang sempat memberi anak bagi Habib Umar adalah:
| - | Sultonah
binti Umar bin Reba' sempat memberi dua anak bagi beliau, iaitu Salim
dan Musyayakh. |
| - | Aliyah
binti Rasam. Ia dari keluarga Isa bin Abdillah al-Abdali. Ia sempat
memberi tiga putera, iaitu Hussein, Abdurrahman dan Ali. |
| - | Putri
Mubarak bin Jamil Baras. Ia sempat memberi seorang putra iaitu Muhsin.
|
| - | Ruqoqah
binti Ali Ba'isa. Ia sempat memberi dua putra iaitu Syeikh dan Abdullah
dan seorang putri iaitu Syaikha. |
| - | Fatimah
binti Abdullah al-Masawa. Ia sempat memberi dua orang putri iaitu
Alwiyah dan Asma' |
| - | Habsyiyah
dari keluarga Ghanim. Wanita ini sempat memberi seorang putri yang
bernama Fatimah. |
| - | Fatimah
binti Umar bin Sulaiman al-Amiri an-Nahdi. Ia sempat memberi anak
perempuan iaitu Salma. |
| - | seorang
wanita dari Hautoh Zubdah. Ia memberi seorang anak yang bernama Syeikh
al-Albar. Putra beliau yang satu ini wafat di waktu kecil, ia dimakamkan
di sebelah kubur Syeikha Sulthonah. |
Adapun isteri-isteri beliau yang tidak sempat memberi anak:
Seorang wanita dari keluarga Basurah Baalwi dari Hainan. Beliau mengahwini wanita ini sebab wanita ini mengalami terlambat kawin. |
|
Seorang
wanita dari desa Huraidzah, ia bernama Solahah. Beliau mengahwinnya tepat
diawal beliau di desa Huraidzah.
Beliau sempat menikah dengan dua orang wanita dari keluarga Bajabir dari
Andal.
Beliau pernah menikah dengan seorang wanita dari Manwab.
Ketika Habib Umar berkunjung ke desa Qaydun untuk mengunjungi Syeikh Said
bin Isa al-Amudi maka beliau sempat melamar putri Habib Abu Bakar bin Muhammad
Bafaqih. Lamaran beliau diterima oleh Habib Abu Bakar. Dengan ini, maka
terjadilah hubungan yang sangat erat antara dua tokoh ini, hanya saja tidak
sampai jadi perkahwinan.
Anak-anak Habib Umar
Jumlah
anak-anak Habib Umar ada 14 orang, 9 anak-anak lelaki, 5 anak-anak perempuan.
Adapun anak-anak lelaki beliau adalah: Salim, Musyayakh, Hussein, Abdurrahman,
Ali, Syeikh al-Albar, Muhsin, Syeikh dan Abdullah.
Adapun anak-anak perempuan beliau adalah: Syeikha, Alwiyah, Fatimah, Asma'
dan Salma.
Selain itu, beliau masih mempunyai banyak anak-anak lelaki dan perempuan
yang wafat di waktu kecil.
Di antara anak-anak lelaki beliau yang menurunkan anak cucu adalah: Salim,
Hussein, Abdurrahman, Syeikh dan Abdullah. Sedangkan anak-anak beliau yang
lain tidak mempunyai anak.
Isyarat tentang dekatnya
ajal beliau
Disebutkan bahawa Habib Umar al-Attas pernah memberitahukan dekatnya ajalnya,
adakalanya pemberitahuan itu berupa isyarat-isyarat yang dapat dimengeti,
tetapi ada pula yang terang-terangan. Disebutkan bahwa ketika beliau ditanya
oleh seorang pada umur berapa beliau akan wafat, maka beliau mengisyaratkan
pada usia 80 tahun. Kenyataannya memang demikian. Berita tersebut pernah
disampaikan oleh Habib Abdullah, putra beliau.
Disebutkan pula, ketika beliau bertemu dengan tokoh-tokoh Ba'alawi sepert
habib Abdullah al-Haddad, Habib Ahmad bin Hashim dan Habib Isa bin Muhammad
al-Habsyi di desa Sad'beh. beliau sempat memberi pesan-pesan terakhir bagi
mereka dan beliau mengatakan: "Mungkin saat ini adalah pertemuan terakhir
dengan kalian di dunia, aku akan menemui kalian kelak". Kemudian beliau
meninggalkan desa Sad'beh menuju desa Nafhun. Tidak lama setelah beliau
tiba di desa Nafhun, beliau wafat.
Di akhir hayat beliau, ketika beliau solat Jum'at di masjid desa Nafhun,
maka beliau duduk di depan pintu masjid sebagaimana tertera di atas. Beliau
memberi nasihat-nasihat yang baik bagi pengikut-pengikutnya, kemudian beliau
bertanya kepada mereka: "Bukankah aku telah menyampaikan pesan-pesan
Allah ini?" Jawab pengikut-pengikut beliau: "Ya". Kemudian
beliau berkata: "Ya Allah, saksikanlah ucapan mereka, sesungguhnya
Engkau sebaik-baik yang menyaksikan". Setelah mendengar ucapan beliau
yang terakhir itu, salah seorang pengikut beliau ada yang berkata kepada
putra beliau, Habib Hussein: "Ucapan ayahmu yang terakhir ini mengisyaratkan
bahawa beliau akan meninggalkan kita, lalu memberikan bela sungkawa terhadap
Habib Hussein".
Awal sakit beliau
Disebutkan oleh Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi, bahawa ketika beliau berkunjung
ke tempat Habib Umar beserta murid-muridnya ke Huraidah tetapi Habib Umar
berada di Sahrun. Habib Isa tidak diperkenankan masuk ke tempat Habib Umar
dan beliau menyuruh untuk menunggu. Demikian pula ketika al-Habib Ahmad
bin Hasyim al-Habsyi tiba di tempat itu dan ingin berkunjung Habib Umar,
maka beliau pun ditolak menemui Habib Umar, sebelum diizinkan oleh beliau.
Pada hari itu juga al-Habib Abdullah al-Haddad tiba bersama-sama murid-muridnya
di tempat itu dan beliau disuruh menunggu di tempat itu.
Tidak lama kemudian Habib Umar menemui ketiga tokoh Ba'alawi itu bersama
rombongannya secara singkat. Dalam pertemuan itu, beliau berdo'a dan beliau
memberi libas kepadanya mengajak membaca surat al-Fatihah. Kemudian beliau
berkata: "Hari ini adalah hari pertemuan terakhir di dunia ini, semoga
kita dapat bertemu lagi di sisi Allah". Kemudian Habib Umar menyuruh
kepada Habib Abdullah al-Haddad untuk pergi ke Haynan dan Habib Ahmad bin
Hasyim untuk pergi ke Hajrain dan beliau juga memberikan libas kepadanya.
Sedangkan Habib Isa bin Muhammad diajak ke desa Huraidzah bersama beliau.
Setelah keduanya tiba di desa Andal maka keduanya menghadiri majlis pembacaan
Maulud Nabi S.A.W. Selanjutnya pada keesokan harinya sewaktu sampai di desa
Hunfur, Habib Isa diperintahkan ke desanya dan selanjutnya diminta pada
malam Khamis untuk pergi ke desa Nafhun. Kata Habib Isa: "Aku tiba
di desa Nafhun pada malam Khamis dan aku dapatkan putra-putra Habib Umar
dan kawan-kawan serta murid-muridnya yang datang dari pelbagai tempat sedang
berkumpul dengan beliau".
Di waktu menjelang saat wafatnya Habib Umar, beliau mengulang-ulang mengucapkan
bait puisi:
"Wajah kekasihku adalah tatapanku, aku senantiasa menghadapkan wajahku
kepada-Nya,
cukuplah dia sebagai kiblatku dan aku pun pasrah diri kepada-Nya".
Kedua bait puisi di atas adalah ucapan Habib Abu Bakar bin Abdullah al-Aidrus
al-Adni.
Al-Habib Hussein bin Umar al-Attas: "Ketika saat menjelang kewafatannya,
ayahku mengulang-ulangi bait-bait puisi al-Faqih Umar Bamahramah:
"Jika bukan dikarenakan besarnya harapan kepada Allah dan berkeyakinan
yang baik terhadap orang-orang yang menghiasi masjid dengan yang selalu
menghadiri solat berjamaah, tentunya tak seorangpun di antara kami yang
mengharapkan kesenangan pada sisia umur, sebab beristirehat di perkuburan
adalah lebih baik dan lebih bermanfaat dari hidup di dunia, berada di antara
orang-orang yang suka berbuat fitnah dan suka menghasut".
Dikatakan pula oleh al-Habib Hussein bahawa sebelum tiba saat kewafatannya,
Habib Umar sempat mengulang firman Allah:
"Katakan, hai hamba-hamba-Ku yang telah menzalimi dirinya, janganlah
kalia berputus-asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah berkenan memberi
ampun seluruh dosa-dosa, sesungguhnya Dia Maha Pemberi Ampun dan Maha Penyayang".
Dikatakan pula bahawa Habib Umar sering membaca surat al-Fatihah kemudian
beliau mengusap tangannya ke wajahnya. aku pernah bertanya kepada beliau:
"Mengapa aku sering melihatmu membaca al-Fatihah kemudian engkau mengusapkan
tanganmu ke wajahmu?" Jawab Habib Umar: "Kira-kira mengapa aku
melakukan hal itu?" Kata Habib Hussein: "Aku tidak tahu".
Kata Habib Umar: "Apa yang dikatakan orang banyak?" Jawab Habib
Hussein: "Mereka sering mengeluh tentang kesulitan mereka". Kata
Habib Umar: "Sesungguhnya aku memperbanyak membaca al-Fatihah dengan
harapan semoga mereka dijauhkan dari segala bencana dan diberi kebahagian
sebab mereka peru diperhatikan".
Kata al-Habib Hussein bin Umar: "Selama dalam sakitnya, ayahku sering
tidak sedarkan diri. Jika beliau sadar, maka beliau sering menanyakan keadaan
para sesepuh ulama yang ada beliau. Ketika beliau ditanya tentang dimanakah
beliau harus dikuburkan, maka beliau berkata: "Mohonlah petunjuk kepada
Allah, nanti Allah memberi petunjuk kepadamu". Nyatanya setelah beliau
wafat, maka banyak pertolongan-pertolongan yang datangnya dari berbagai
tempat. Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau berwasiat
kepada kami: "Perhatikanlah keadaan agama kalian, hendaknya kalian
saling tolong-menolong dan bersabar, sebab besabar akan memberi hasil yang
memuaskan". Di saat itu pula beliau berdo'a memohonkan pertolongan
bagi orang-orang Islam agar diberi kesabaran bila mereka berpisah dengan
beliau".
Di saat yang sekrisis itu, beliau bertanya tentang muridnya Syeikh Abbas
bin Abdillah Bahafash, apakah ia sudah datang dari desa Huraidzah, sebab
beliau minta dimandikan oleh Syeikh Abbas. Untungnya Syeikh Abbas tiba di
malam harinya sebelum beliau wafat, sehingga beliau bergembira atas kedatangannya.
Ketika sedang menghadapi saat-saat terakhir, maka beliau menyuruh orang-orang
yang ada di sekitarnya untuk berzikir di sisinya dengan suara keras, sehingga
terdengar seperti gaungnya Tawon. Beliau menghembuskan nafas terakhir dengan
keadaan berzikir dan diiringi dengan suara zikir dari orang-orang yang ada
di sekitarnya.
Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau minta diwudhui.
Maka Syeikh Abbas bin Bahafash mewudhui beliau. Ketika Syeikh Abbas lupa
menyela-nyela janggut beliau, maka beliau mengingatkannya dengan gerakan
tangan sebab pada waktu itu beliau sudah tak dapat berkata-kata, tentunya
hal itu ada sebagai petanda bahawa beliau selalu mengikuti jejak sunnah
Rasulullah S.A.W. Sekalipun di saat yang sangat krisis.
Di saat itu, salah seorang murid beliau yang menyebut-nyebut kalimah Laa
Ilaaha Illallah di sebelah telinga beliau sebagaimana yang disunnahkan Rasulullah
S.A.W. meskipun orang itu telah diberitahu bahawa perbuatan semacam itu
tidak perlu dilakukan terhadap Habib Umar yang telah menjadikan kalimat
zikir telah menyatu dengan darah dan dagingnya.
Habib Umar menghembuskan nafasnya yang terakhir di tengah malam , iaitu
malam Khamis tanggal 23 Rabi'ul Akhir 1072H. Wafatnya Habib Umar membuat
murid-murid dan pengikut beliau sedih yang sangat mendalam baik kecil maupun
besar. Beliau wafat di desa Nafhun , tetapi jenazah beliau dimakamkan di
desa Huraidzah pada hari Khamis sore. Para pelawat jenazah beliau mengadakan
pembacaan al-Quran dan mengkhatamkannya berkali-kali dan hal itu berlangsung
lapan hari di sisi kubur beliau. Hal itu menunjukkan betapa besarnya karomah
beliau. Tepat pada dikuburkannya Habib Umar, suasana di desa itu diliputi
mendung dan hujan. Kepergian Habib Umar banya membangkitkan keinginan para
penyair untuk menuangkan duka-cita mereka dalam bait-bait puisi yang indah.
Di antara puisi al-Faqih Umar bin Qadim.
Beberapa
mimpi tentang keadaan Habib Umar setelah beliau wafat
Tepat
di malam wafatnya Habib Umar al-Attas, salah seorang saleh dari keluarga
Ba'alawi di Tarim bermimpi seolah-olah bulan dan matahari terjatuh di tanah
keluarga Ba'alawi, nyatanya ia mendengar khabar tentang wafatnya Habib Umar.
Disebutkan oleh Syeikh Abdullah bin Syeikh Ali bin Abdullah Baras, katanya ketika Syeikh Ali telah wafat, maka Syeikh Muhammad bin Ahmad Bamasymus mimpi bertemu dengan Syeikh Ali Baras dan ia bertanya kepadanya: "Di manakah engkau bertemu dengan Habib Umar?" Jawab Syeikh Ali Baras: "Aku sempat berjabatan tangan dengan Habib Umar di dekat Arasy Tuhan".
Disebutkan
oleh seorang keluarga Bawazir, bahwa ia bermimpi di suatu malam seolah-olah
hari kiamat telah tiba. Pada saat itu seolah-olah manusia sedang berkumpul
di padang Mahsyar, jumlah mereka amat banyak. Ketika mereka sedang berada
di tengah-tengah padang Mahsyar, tiba-tiba ada api di bawah Hadraumaut,
sedangkan Malaikat menggiring manusia dengan besi yang amat panjang. Ketika
orang-orang itu melihat api dan rantai yang panjang, maka mereka berlarian
ke sebuah tempat di Wadi Amed, maka aku lihat ada cahaya turun dari langit
seperti awan putih yang mengumpal. Ketika aku tanyakan: "Apa kejadian
ini?" Maka dikatakan: "Ini adalah cahaya Tuhan Yang Maha Mulia
yang hendak menghakimi manusia di padang Mahsyar. Di saat itu aku lihat
Habib Umar berdiri di bawah pancaran cahaya itu, sedangkan Malaikat Ridwan
berada di sebelah kanan beliau. Demikian pula Malaikat Malik hadir dengan
wajah yang seram. Kemudian aku lihat Habib Umar memohon syafaat kepada Allah
bagi umat Muhammad S.A.W: "Wahai Tuhan kami, mereka adalah umat Muhammad
S.A.W, mereka datang kepada Engkau dengan menyaksikan bahawa tiada Tuhan
selain Allah dan menyaksikan bahawa Muhammad utusan Allah, mereka mendirikan
solat, membayar zakat, berpuasa Ramadhan, beribadah Haji, bersedekah, menyambung
tali kekerabatan, menegakkan Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar, menjauhi perbuatan-perbuatan
maksiat, karena takut kepada-Mu. Jika Engkau seksa mereka, maka mereka adalah
hamba-hamba-Mu, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka Engkau Maha Mulia
lagi Maha Bijaksana. Ucapan Habib Umar itu dibantah oleh Malaikat Malik:
"Wahai Tuhan kami, mereka tidak seperti yang dikatakan oleh Habib Umar.
Mereka meninggalkan solat, tidak mau bayar zakat, tidak berpuasa dan tidak
berhaji, dan mereka selalu melanggar larangan-larangan-Mu. Habib Umar mengulangi
permohonannya sekali lagi dan Malaikat Malik pun mengulangi bantahannya
pula, sampai akhirnya Allah berfirman: "Demi kemuliaan-Ku, Aku terima
permohonan Habib Umar dan Aku berkenan mengampuni mereka". Allah berfirman:
"Wahai Malaikat Ridwan, bukalah pintu Syurga dan ajaklah mereka masuk
ke dalamnya". Maka Malaikat Ridwan bangkit dan bergembira dan melaksanakan
perintah Allah kepadanya. Sedangkan Malaikat Malik terlihat amat geram.
kata orang yang bermimpi itu: "Pada saat itu, seolah-olah aku berdiri
bersama mereka dengan memegangi baju Habib Umar dan aku merasa amat takut
sehingga aku berkata kepada Habib Umar: "Wahai Habib Umar, bicaralah
kepada Malaikat Ridwan agar aku dimasukkan Syurga bersamanya". Kata
Habib Umar: "Pergilah engkau bersama mereka ke dalam Syurga kerana
permohonanku telah diterima oleh Allah bagi uma ini". Kataku: "Bicarakanlah
dengan Malaikat Ridwan untuk membawa ke dalam Syurga, sebab aku takut dengan
dosa-dosaku yang amat banyak". Kata Habib Umar: "Wahai Malaikat
Ridwan, bawalah orang ini ke dalam Syurga". Jawab Malaikat Ridwan:
"Biarkan ia pergi bersama". Ketika Malaikat Ridwan memegangi tanganku
dan mengajakku ke dalam Syurga, maka aku terbangun karena terasa amat senang".
Kata-kata mutiara dari Habib
Umar al-Attas
Habib Umar pernah berkata: "Perhatikan kebiasaan baik yang engkau inginkan,
wafat dalam kebiasaan itu, karena itu tetaplah engkau dalam kebiasaan seperti
itu, dan perhatikanlah kebiasaan buruk yang tidak engkau inginkan wafat
dalam kebiasaan seperti itu, kerana itu jauhilah kebiasaan itu".
Habib Umar berkata: "Jika engkau melihat seorang selalu berkelakuan
baik, maka yakinlah engka orang itu teguh agamanya".
Habib Umar berkata: "Sumber-sumber ilmu tidak akan berkurang sedikitpun
dari generasi terkemudian, akan tetapi pada umumnya mereka datang dengan
membawa wadah yang bocor, sehingga tidak memperoleh ilmu kecuali sedikit."
Habib Umar berkata: "Sebagian orang yang datang dengan membawa benjana
yang dapat mencukupinya dalam waktu sebulan, ada yang mencukupinya hanya
8 hari, ada juga yang mencukupinya sehari, tetapi ada juga yang dapat mencukupinya
sepanjang hidupnya".
Ketika beliau mendengar sabda Nabi S.A.W:
"Seseorang adakalanya beramal kebajikan-kebajikan sampai antara ia
dengan Syurga hanya tinggal sejengkal, tetapi dalam ketentuan Illahi, ia
ditetapkan sebagai penghuni Neraka, sehingga ia melakukan perbuatan-perbuatan
amal penghuni Neraka, sampai ia masuk ke dalam Neraka. Seseorang adakalanya
beramal kejahatan-kejahatan sampai antara ia dengan Neraka hanya tinggal
sejengkal, tetapi dalam ketetapan Illahi, ia ditetapkan sebagai calon penghuni
Syurga, sampai ia masuk ke dalam Syurga".
Komentar Habib Umar: "Seseorang yang selalu mengerjakan amal-amal ahli
Syurga, kebanyakkannya akan masuk ke dalam Syurga, sebab perbuatan lahiriyah
adalah lambang perbuatan batiniyah. Jika ia sampai masuk ke dalam neraka,
maka hal itu jarang sekali. Hal itu seperti seorang yang jatuh dari tempat
yang tidak terlalu tinggi, tentunya orang itu tidak akan berbahaya. Demikian
pula seorang yang melakukan amal-amal penduduk neraka, kebanyakannya ia
akan masuk ke dalam neraka. Tetapi kalau ia masuk ke dalam Syurga, maka
hal itu jarang terjadi sekali. Hal itu seperti seorang yang jatuh dari puncak
gunung, kebanyakannya akan mati".
Habib Umar berkata: "Seorang yang melakukan amal kebajikan tetapi ia
suka makan yang diharamkan, maka ia seperti seorang yang mengambil air dengan
tempayan yang datar, alias tidak akan memperoleh pahala sedikitpun".
Habib Umar berkata: "Dulu di antara manusia, ada yang datang membawa
pelitanya lengkap dengan minyak dan koreknya yakni dengan persiapan yang
lengkap, sehingga gurunya dapat menyalakan. Tetapi kini, banyak di antara
yang datang kepada gurunya tetapi mereka tidak membawa apapun gurunya dapat
menyalakan".
Habib Umar berkata: "Bersabar itu akibatnya adalah positif. Allah akan
selalu memberi akibat positif bagi seorang yang bersabar. Alhamdulillah
apa yang dikehendaki Allah pasti akan ditentukan, dan apa yang akan dilaksanakan
Allah, maka akan terlaksana".
Habib Umar berkata pada sekelompok kaum petani: "Apakah kaum petani
akan tidur nyenyak di malam hari, bila di malam hari ada pembagian air untuk
sawah-sawah mereka yang dapat mengairi sawah-sawah mereka?" Jawab mereka:
"Tidak seorangpun akan tidur di antara kami." Kata Habib Umar:
"Hendaknya orang-orang yang menghendaki keselamatan di akhirat meninggalkan
tidurnya, demi untuk mendapatkan siraman rahmat di tengah malam hari".
Ketika dibacakan bait puisi Syeikh Abdul Hadi Assudi:
"Siapa yang mencinta Suad, hendaknya selalu tidak tidur di malam hari".
Habib Umar memberi komentarnya: "Siapa mencintai Huraidzah, maka ia
tidak tidur di malam hari, artinya siapa yang mencintai seorang, maka ia
harus mengikuti perjalanannya, sebab mengikuti perilaku seseorang sebagai
tanda cinta kepadanya".
Habib Umar berkata: "Hendaknya kalian senantiasa menghadirkan hati
kalian kepada Allah dan hendaknya kalian senantiasa menghadirkan hati kalian
kepada Allah dan hendaknya kalian bertawakal kepada-Nya sepenuh hati, sebab
Allah mengetahui di manapun kalian berada."
Habib Umar berkata: "Syaitan dapat menggoda manusia dari sisi manapun
yang tak pernah ia perkirakan".
Habib Umar berkata: "Buah kurma atau buah ketimun dari sumber yang
halal lebih baik dari bubur daging dari sumber syubhat".
Habib Umar berkata: "Janganlah terlalu perduli kepada dunia dan penghuninya
dan janganlah merasa iri pula dengan pakaian atau makanan yang dimiliki
oleh penghuninya".
Pada suatu hari, ketika banyak orang yang mengucapkan kata belasungkawa
kepada Habib Umar atas wafatnya putranya beliau yang masih kecil, maka beliau
berkata dengan ungkapan yang dipenuhi rasa hairan: "Alangkah entengnya
musibah dalam agama menurut kalian, padahal kalian tidak pernah menyatakan
belasungkawa andaikata aku terlambat solat berjamaah artinya terlambat solat
berjamaah lebih pantas untuk disesali atas kewafatan seseorang anak kecil".
Ketika beliau mendengar kekaguman sebagian orang yang menyaksikan kekeramatan
seseorang wali, maka beliau berkata: "Sesungguhnya semua itu hanyalah
kemurahan Allah yang memberikan kepada seorang hamba".
Ketika disebutkan kepada beliau: "Mengapa dialek bahasamu tidak berubah,
padahal engkau telah lama tinggal di bagian atas Hadramaut?" Jawab
Habib Umar: "Seorang yang merubah dialek bahasanya adalah seorang yang
kurang akalnya".
Habib Umar berkata: "Desa Huraidzah adalah wilayah kehormatan kami,
adapun wilayah kehormatan Syeikh Abdul Qadir Djaelani ada di masa sebelum
kami, barangsiapa yang melakukan perbuatan yang lahiriyahnya maka akan kami
lakukan baginya perbuatan lahiriyah pula, demikian pula barangsiapa yang
melakukan perbuatan batiniyah, maka kamipun akan melakukan hal serupa baginya".
Ketika ada seorang berkata kepada Habib Umar: "Wahai Habib Umar, kelak
kami ingin dikubur bersebelahan dan berdekatan denganmu". kata Habib
Umar: "Kami harap akan memberi syafaat bagi seluruh penduduk Huraidzah
atau penduduk dunia".
Ketika ada sebagian orang berkata si fulan lebih baik dari si fulan, maka
Habib Umar berkata: "Yang dikatakan orang baik adalah seorang yang
telah melewati pintu Syurga sampai masuk ke dalamnya".
Habib Umar berkata: "Aku beserta putra-putraku di mana saja mereka
berada". Ditanyakan kepada beliau: "Wahai Habib Umar, bagaimana
mungkin engkau dan putra-putramu berada di tempat ini yang jauh dari kota-kota
yang besar dan yang terkenal dengan wali-wali seperti kota-kota Tarim?"
Jawab Habib Umar: "Harumnya suatu tempat tergantung keharuman penduduknya,
demikian pula kami akan mengharumi negeri kami sendiri".
Habib Umar berkata: "Kezaliman kaum penguasa terhadap rakyatnya akan
menambah kebajikan bagi rakyat negeri itu, baik di dalam masalah dunia maupun
akhirat, yang sedemikian itu sama halnya dengan sebuah sumur, makin banyak
diambil airnya maka sumur itu makin banyak memancarkan air, sebaliknya jika
sumur itu tidak diambil airnya, maka tidak akan bertambah airnya sedikitpun,
mungkin arnya akan menjadi busuk, karena air di dalamnya tidak pernah bergerak".
Ketika ada seorang dermawan yang mengeluh kepada Habib Umar bahawa ia tidak
bisa mengerjakan solat di awal waktunya, dikarenakan ia tidak mau menolak
permintaan orang yang minta bantuan daripadanya meskipun telah tiba waktu
solat, maka Habib Umar berkata: "Wahai saudaraku, bila waktu solat
telah tiba, tinggalkan semua kegiatanmu sebab Allah lebih pantas untuk diperhatikan
daripada yang lain".
Beliau menganjurkan setiap orang yang telah mengkhatamkan bacaan al-Quran
yang ditujukan bagi arwah-arwah orang-orang yang telah wafat, hendaknya
ia membaca Tahlil iaitu mengucapkan Laa Ilaaha Illallah seberapa banyak
yang ia kehendaki, kemudian dilanjutkan Subhaanallahi Wabihamdi beberapa
banyak yang ia kehendaki, kemudian dilanjutkan dengan membaca Laa Ilaaha
Illallah Muhammadur Rasulullah sebanyak 3 kali dengan memanjangkan bacaannya,
kemudian hendaknya ia mengucapkan solawat sebanyak 3 kali iaitu Allahumma
Solli 'Alaa Habibika Sayyidina Muhammadin Wa Alihi Wa Shohbihi Wasallim,
kemudian hendaknya ia mengucapkan Ya Rasulullah 'Alaika Salam Ya Rasulullah
Salamun Fi Salamin 'Alaika sebanyak 3 kali, setelah itu hendaknya membaca
al-Fatihah sebanyak 1 kali, surat al-Ikhlas 11 kali, surat al-Falaq sebanyak
1 kali, surat an-Naas sebanyak 1 kali, ayat Kursi 1 kali, akhir surat al-Baqarah
1 kali dan surat al-Qadar 1 kali dengan niat menghadiahkan pahalanya kepada
arwah yang dituju".
Pernah Habib Umar menganjurkan muridnya membaca Istighfar dan Alhamdulillah
sebanyak mungkin setelah seorang membaca Maulud.
Habib Umar menganjurkan untuk memperbanyak membaca Istighfar dan Solawat,
sebab keduanya adalah sebaik-baik zikir yang dapat menolong kesulitan di
masa kini.
Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad berkata: "Jika engkau mengucapkan
sebanyak 11 kali tiap kali kalimat-kalimat ini, berarti engkau telah menjalankan
apa yang pernah diajarkan oleh Habib Umar al-Attas:
Disebutkan ada seorang pengikut Habib Umar berkata beliau: "Aku lihat
orang-orang yang berada di majlis ini Wali semuanya". Kata Habib Umar:
"Apa yang engkau katakan itu memang benar". Ketika orang itu keluar
dari Majlis Habib Umar, maka beliau ditanya oleh seorang yang hadir dari
Majlis itu tentang maksud ucapan beliau kepada orang tersebut. Maka Habib
Umar berkata: "Sesungguhnya orang itu telah diangkat menjadi Wali Allah,
sehingga melihat orang lain menurut cerminnya, sebab seorang mukmin menjadi
cermin mukmin hainya".
Kesaksian orang-orang mulia
tentang kebesaran al-Habib Umar al-Attas
Disebutkan ketika Habib Umar al-Attas dan sekelompok orang datang ke tempat
Habib Husin bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, maka Habib Umar berada di jajaran
paling belakang di antara mereka dan pakaian beliau pun agak lusuh dan buta
kedua matanya. Ketika Habib Husin melihat pada diri Habib Umar, maka beliau
berkata kawan-kawan Habib Umar: "Mengapa kalian lebih menonjolkan hal-hal
yang nampak saja sampai kalian tidak mau memuliakan orang ini pada tempat
yang semestinya. Andaikata kamu tahu kedudukan Habib Umar yang sebenarnya,
pasti kalian akan tunduk kepadanya dan pasti kalian akan lebih memuliakan
kepada beliau".
Ketika Habib Muhammad bin Alawi bin Abu Bakar bin Ahmad bin Syeikh Abdurrahman
as-Seggaf, seorang wali yang berdomisili di kota Makkah menerima salam dari
Habib Umar lewat Syeikh Salim bin Ali Ba'ubad, maka ia menundukkan kepalanya
sejenak, kemudian ia berkata: "Hendaknya setiap orang yang berkepala
rela menundukkan kepalanya demi menghormati Habib Umar al-Attas dan demi
menghormati kebesaran Allah, sesungguhnya aku mendengar suara gemerincing
dari langit, demi untuk menghormati Habib Umar. Beliau juga mengatakan kini
tidak seorangpun di kolong langit yang lebih mulia dari Habib Umar al-Attas.
Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad pernah menyatakan di sebuah suratnya
yang ditunjukkan pada seorang muridnya bahawa di zaman itu tidak seorang
walipun yang setara dengan Habib Umar al-Attas.
Disebutkan oleh salah seorang murid Habib Abdullah al-Haddad, bahawa ketika
aku berada di majlis Habib Abdullah al-Haddad, maka tergerak hatiku untuk
menanyakan kepada beliau tentang sifat Habib Umar al-Attas. Maka secara
spontan Habib Abdullah al-Haddad berkata: "Seorang yang mengenali Habib
Umar al-Attas, maka ia akan dapati sifat Habib Umar al-Attas mirip dengan
Sayyidina Abdurrahman as-Seggaf".
Kata al-Habib Abdullah al-Haddad: "Habib Umar al-Attas adalah ibarat
hati dan kebenaran yang dimiliki oleh seseorang dan orang itu tidak memiliki
nafsu apapun."
Ketika Habib Abdullah al-Haddad ditanya seseorang, apakah Habib Umar al-Attas
meninggalkan karya tulis atau bait-bait puisi?" Jawab Habib Abdullah:
"Yang ditinggalkan oleh Habib Umar adalah orang-orang seperti aku,
Syeikh Ali Baras dan Syeikh Muhammad Bamasymus".
Ketika orang menyebut-nyebut sifat Habib Umar al-Attas di hadapan Habib
Abdullah al-Haddad, maka beliau berkata: "Itu orang (al-Habib Umar)
yang pepohonnya ditanam atas dasar tawadhu dan lemah-lembut, sehingga tangkai-tangkainya
seperti itu juga".
Selanjutnya Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi menyebutkan berbagai sifat
yang dimiliki oleh Habib Umar al-Attas sebagai berikut:
Habib Umar al-Attas, sejak di usia kecil, beliau sudah gemar beribadah,
zuhud dan menjaga dirinya baik-baik dari sifat buruk.
Beliau sentiasa menghormati para Wali Allah, pengayom kaum Muslim, wanita-wanita
janda dan anak-anak yatim.
Habib Umar selalu menghibur mereka dengan berita-berita baik, sehingga mereka
amat meyakini dan mencintai Habib Umar sepenuh hati.
Di kalangan umum dan khusus, Habib Umar dikenal sebagai orang yang penuh
kasih sayang.
Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad berkata: "Al-Habib Husin bin Syeikh
Abu Bakar sangat sangat bangga dikarenakan Habib Umar menuntut ilmu dari
beliau".
Habib Ali al-Attas berkata: "Habib Umar al-Attas sangat bangga dikarenakan
Habib Abdullah al-Haddad menuntut ilmu dari beliau".
Habib Muhammad bin Abdurrahman Madihij selalu menganjurkan murid-muridnya
untuk pergi ke kota Huraidzah bila mereka memohon ijazah ilmu dari beliau
sebab ketika itu Habib Umar al-Attas masih hidup. Menurut beliau Habib Umar
adalah tokoh semua keluarga Ba'alawi.
Murid-murid
yang pernah belajar dari Habib Umar al-Attas
Di
antara murid-murid yang pernah belajar dari Habib Umar adalah: Putra-putra
beliau, di antaranya adalah Habib Husin, Habib Salim, Habib Abdurahman,
saudara-saudara beliau Habib Aqil, Habib Abdullah al-Haddad, Habib Isa bin
Muhammad al-Habsyi, Habib Ahmad bin Hasyim al-Habsyi, Habib Abdullah bin
Ahmad Balfaqih, Habib Muhammad bin Abdurrahman Madihij, Sayis Ali bin Umar
bin Husein bin Ali bin Syeikh Abu Bakar, Syeikh Ali Baras, Syeikh Muhammad
Bamasymus, Syeikh Muhammad bin Umar Alamudi yang dikenal dengan jolokan
Ghozali di Budzah, Syeikh Abdullah bin Usman Alamudi, Syeikh Abdullah bin
Ahmad Ba'afif Alamudi, Syeikh Aqil bin Amir bin Daghmusy, Syeikh Sahal bin
Syeikh Ahmad bin Sahal Ishaq, Syeikh Abdul Kabir bin Abdurrahman Baqis,
Syeikh Muhammad bin Abdul Kabir Baqis, Syeikh Alfaqih Ahmad bin Abdullah
bin Syeikh Umar Syarahil Syeikh Umar bin Salim Badzib, Syeikh bin Salim
Baubad, Habib Husein bin Syeikh Ali bin muhammad al-Aidrus, Habib Ahmad
bin Umar al-Hinduan, Habib Zein bin Imron Ba'alawi, Syeikh Abbas bin Abdillah
Bahafash, Syeikh Umar bin Ahmad al-Hilabi, Abu Said, Habib Abdullah bin
Muhammad bin Basurah, Syeikh Muzahim bin Ali Bajabir, Syeikh Ali bin Sholeh,
Qouzan Zahir, Al-Faqih Abdurrahim Bakatir, Syeikh Salim bin Abdurrahman
Junaid Bawazir, Syeikh Abu Bakar bin Abdurrahman bin Abdul Ma'bud Wazir,
Muhammad bin Umar Bawazir, Syeikh Abdullah bin Sad Bamika Syibami, Syeikh
Ahmad bin Muhammad Bajamal, Syeikh Ali bin Toha as-Seggaf, Syeikh Umar bin
Ali az-Zubaidi Al-Faqih Abdullah bin Umar Ba'ubad, Syeikh Ali bin Ahmad
bin Wurud Bawazir, Habib Aqil bin Syeikh as-Seggaf, Habib Syeikh bin Abdurrahman
al-Habsyi, Syeikh Ali bin Haulan, Syeikh Ali bin Kosim al-Udzri, Syeikh
Mahmud Jummal an-Najar yang pernah bertemu dengan Hidzir tetapi tidak meminta
do'a karena merasa cukup dengan do'a gurunya iaitu Habib Umar.
Habib
Umar bin Abdurrahman Albar pernah berkata kepada Habib Ali bin Hasan al-Attas:
"Wahai Ali, sesungguhnya seluruh penduduk Hadhramaut pernah berhubungan
dengan kakekmu al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas. Di antara mereka
ada yang berhubungan dengan beliau dari satu jalur, ada yang berhubungan
dengan beliau dari dua jalur, bahkan ada yang berhubungan dengan beliau
dari tiga jalur".